Ternak Ikan di Tepi Villa GISBH Enstek

Kongsikan kepada yang lain
Share
Alhmdulillah atas hasrat Tuan Nasir, tadi En Abil dan En Adib keluar lagi untuk membeli ikan tambahan. PKP tak bermakna hanya duduk diam di rumah. Aktiviti pertanian dan penternakan memang tidak dilarang semasa PKP. Lebih-lebih lagi hanya di tepi villa dan dalam kawasan halaman sahaja.
Tuan Nasir sendiri sama-sama menuang anak-anak ikan ke dalam kolam. Kelihatan muka beliau sangat seronok dan bertanya setiap jenis ikan itu berapa tambahannya.
Atas panduan Tuan Nasir, Ketua RPU GISBH En Adib mengetuai aktiviti ternakan ikan ini. Kata Tuan Nasir, paling tidak, kalau lama lagi program PKP ini, ikan-ikan ini boleh dimakan.

Jenis ikan dan jumlahnya.

6hb April

1- Ikan Keli = 200 Ekor

2- Ikan Puyu = 200 Ekor

3- Ikan Haruan = 8 Ekor

4- Ikan Baung = 2 Ekor

7hb April

1- Ikan Keli = 80 Ekor

2- Ikan Talapia = 500 Ekor

3- Ikan Puyu = 300 Ekor

4- Ikan Patin = 200 Ekor

Harga-harga Ikan:

1. Ikan Keli (sejengkal)=50sen/ekor

2. Ikan Talapia = 30 sen/ekor

3. Ikan Puyu = 15 sen/ekor

4. Ikan Patin = 30 sen/ekor

5. Ikan Haruan = RM2/ekor

6. Ikan Baung (2ekor) = Percuma

Tuan Nasir sendiri turun tangan menunjuk bagaimana untuk sesuaikan kegunaan oksigen dan ajar bagaimana untuk perkemaskan lagi bahagian piping juga pandu untuk bersihkan bekas penapis air.

Setelah selesai mengendalikan penapis, Tuan Nasir beri panduan lagi agar dibuat air pancut supaya lebih nampak indah dan menarik.

Sila klik VIDEO TERNAKAN IKAN DI TEPI VILLA GISBH

VIDEO II TERNAK IKAN PINGGIR VILLA

  • gisbh rpu tuan adib (1)

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: