Perangai DEGIL Menyusahkan Semua Pihak

Kongsikan kepada yang lain
Share

Klik gambar untuk video

Kredit: FB Hairinanisa

Salam ceria. Kesian frontliner tertekan dengan perangai penduduk yang tak nak faham. Degil tak berhati perut. Kalau memang ada keperluan, selesaikan dengan segera. Bukan merayau atau bersidai merata. Akibat sikap kita, pihak lain yang tertekan dan boleh menimbulkan salah menyalahkan antara satu sama lain.

Degil itu apa? Keras kepala, kepala batu, baloq liat. Hakikatnya ia mazmumah atau penyakit hati yang keji. Sifat-sifat jahat dari hati yang ego keluar pada anggota lahir, itulah degil. Mazmumah, walau apa pun namanya ia merosakkan diri tuannya dan orang lain. Pemilik mazmumah adalah perosak dan merosakkan orang lain. Akibatnya masyarakat tidak tenteram.

Menentang covid-19 hendaklah serentak dengan memerangi mazmumah dalam setiap diri kita. Moga kita diselamatkan Allah dari wabak Corona-19 serta segala jenis mazmumah.

Surau AB

7.08 PM, Apr 15, 2020

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: