AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

SANA-SINI COVID-19 20.04.2020

Kongsikan kepada yang lain
Share

Covid-19: Tiada kematian, hanya 36 kes hari ini

TIADA kemat1an berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangk1tan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 89 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 36 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,425 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 45 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 28 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 98 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,295 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 60.74 peratus.

Ringkasan Kes COVID-19 pada 19 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 84

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,389

Kes sembuh: 95

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,197

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 46 (Seramai 26 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 89

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 2,041 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.


1. Rumusan kes kluster terbesar iaitu kes kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling sehingga jam 12pm, 19 April. 


Kluster ini telah menjangkiti sehingga generasi ke-5. 


2. Statistik terkini 8 kawasan yg dikenakan PKPD. Hanya Menara City One ada kes baru.
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?


Kita mampu lakukannya. Putuskan rantaian penularan wabak COVID19.


Jangan sampai insan yang paling kita sayang menjadi mangsa. Teruskan duduk rumah dan patuhi arahan PKP.

@PDRMsia tangkap 1,174 individu ingkar #PKP semalam, dengan 1012 orang direman dan 162 orang dilepaskan dengan jaminan polis – @IsmailSabri60

#PKP masih berjalan seperti biasa, tanpa sebarang kelonggaran –  @IsmailSabri60

Terdapat kes penipuan penjualan penutup muka dan hidung cecah kerugian RM4.2 juta – @IsmailSabri60

#COVID-19: 191 pusat kuarantin mula beroperasi semalam – DS Ismail Sabri

PKP: 408 rakyat Malaysia pulang ke tanahair semalam, terus dikuarantin – DS Ismail Sabri

Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Selayang dalam status PKPD mulai hari ini sehingga 3 Mei 2020 – DS Ismail Sabri

Bekalan makanan dan keperluan harian mencukupi, mampu tampung permintaan semasa – DS Ismail Sabri

Kluster Pasar Borong merekodkan 28 kes positif #COVID19 termasuk 1 kes baru dan 1 kematian, setakat 12pm, 20 April.

Pasar Borong Selayang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Lima kes kluster terbesar setakat. 

1. Perhimpunan di Masjid Seri Petaling  (1,951 kes)

2. Persidangan gereja (135) 

3. Sendayan (77)

4. PUI Itali di Kuching (54)

5. Magetan Jawa Timur (54)

KKM

Ayuh Malaysia

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *