SANA-SINI COVID-19. 24.04.2020 (1 Ramadhan 1441H)

Gunakan peluang Ramadan kali ini untuk lakukan aktiviti dan ibadah bersama keluarga di rumah.
Sama-sama kita mencegah penularan wabak COVID19.
Sepanjang Ramadan ini jagalah pemakanan dan kesihatan. Bersahurlah dengan menu yang sihat dan berkhasiat.
Teruskan duduk di rumah dan patuhi PKP.
PENGHANTARAN PULANG PELAJAR IPT TERKINI: Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang Pelajar IPT ke kampung bermula 27 April 2020,
Waktu perjalanan dihadkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi
Pergerakan adalah secara berperingkat dan melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja secara berperingkat.
@IsmailSabri60


Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 88 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,691 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai 121 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,663 kes
Pesakit di ICU adalah seramai 41 orang dan 18 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 96 kes.
#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
Fasa keempat akan menyaksikan beberapa kelonggaran dalam kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor ekonomi.
Jadi, amat penting bagi majikan & pekerja
sektor-sektor berikut supaya sentiasa ikut amalan yg betul di tempat kerja masing-masing seperti:
• Elakkan berada dikawasan yg sesak (crowded space)
• Elakkan berada dikawasan yg tertutup (confined
space) secara beramai-ramai pd masa yg sama, spt
di ruang makan ditempat kerja
• Kekalkan jarak 1 meter ketika cakap bersemuka dgn orang
lain (close conversation)
@DGHisham


39 kes positif baru dikesan di Selangor Mansion, menjadikan kes keseluruhan di lokaliti tersebut meningkat kepada 146 kes positif.
Terdapat juga peningkatan kes positif baru di Kg. Sungai Lui (15 kes).


ANTARABANGSA DAN ASIA TENGGARA





