Lawatan YBhg Datuk PE ke Sawah Padi GISBH di hari ke 78

Kongsikan kepada yang lain
Share
Atas cinta dan sangat bertanggung jawab ke atas projek atas nama Islam, YBhg Datuk PE membuat lawatan ke Sawah Padi GISBH di Desa Tanjung Rasa, Kecamatan Tanjung Sari.
Lawatan di buat semalam Selasa 28hb April 2020
Seperti biasa Dato’ Dr Ibu Gina Puspita Nasiran, isteri YBhg Datuk PE juga Ketua Muslimah GISBH turut bersama melawat sawah padi ini yang kelihatan sangat subur di harinya yang ke 78.
Bersama rombongan juga ikut hadir Pak David yang memberikan penerangan tentang keadaan padi yang ada di sawah ini kepada Datuk PE.
Pak David juga sampaikan pada Ybhg Datuk PE bahwa ia sekarang menunggu apapun arahan dari Ybhg Datuk PE untuk dia laksanakan agar membantu apa yang sedang diperjuangkan.
Kalau Pak David yang non Muslim sangat bersungguh-sungguh memberi komitmen kepada Datuk PE, betapa lagi para staf yang sangat merasakan kasih sayang beliau.
Sebagai pemimpin, YBhg Datuk PE sentiasa memberi tunjuk ajar, panduan dan ingatan agar apa yang sedang diusahakan terus dapat dibaiki dan dipertingkatkan.
 Ybhg Datuk PE sampaikan agar kita terus belajar dari masalah yang ada sekarang, baik masalah air, hama, masa tanam dll.
InsyALLAH nanti dalam 2 atau 3 kali kita usahakan sawah ini, Allah akan ajar kita berbagai ilmu.
Begitu bersungguh-sungguh YBhg Datuk PE dalam setiap usaha perjuangannya.
Pada beliau, setelah berjanji untuk hidup mati untuk Tuhannya, beliau buktikan dengan memberi khidmat sebanyak-banyaknya kepada manusia.
Adalah menjadi cita-cita Datuk PE untuk membekalkan makanan kepada seramai manusia khususnya di Nusantara ini. Dari situ manusia ini dibawa kepada mengenali Allah.
Adakalanya padi yang diusahakan kosong, ia terus dikaji dan pelajari.
Segala serangan serangga atau hama dikaji dan diusahakan jalan penyelesaian.



anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: