Penuntut IPT mula pulang Isnin ini

Kongsikan kepada yang lain
Share

KERAJAAN bersetuju membenarkan penghantaran pulang 53,000 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) ke kampung halaman masing-masing bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penghantaran pulang itu akan berjalan secara berperingkat dan membabitkan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, pada peringkat awal penghantaran pulang yang ditanggung sepenuhnya kerajaan ini hanya membabitkan daripada kampus atau rumah sewa ke zon hijau saja.

“Mesyuarat khas menteri-menteri pagi tadi bersetuju membenarkan penghantaran pulang pelajar IPT yang terkandas di kampus dan rumah sewa masing-masingbermula 27 April ini.

“Namun, waktu perjalanan dihadkan antara 9 malam hingga 9 pagi saja bagi mengelak kesesakan pada waktu siang.

“Kita arahkan pelajar yang ingin pulang menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan mereka dibekalkan makanan dan penutup mulut dan hidung,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Beliau berkata, penjarakan sosial dalam bas juga dititikberatkan dan dihadkan.

“Kita akan pastikan penjarakkan sosial dalam bas. Jika bas muat 40 penumpang hanya 20 penumpang saja dibenarkan naik bas.

“Pelajar itu akan diambil dari kampus dan dibawa terus ke balai polis dan pejabat daerah sebelum dihantar ke rumah masing-masing oleh agensi kerajaan berkaitan.

“Bagi yang menaiki kenderaan sendiri tidak dibenarkan merentas negeri dan hanya memandu seorang dalam kenderaan,” katanya.

Bagi penghantaran pulang penuntut Sabah san Sarawak ia dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Pelajar yang pulang ke Sabah Sarawak penerbangan akan disediakan dan pendaratan akan dilakukan berhampiran kawasan tempat tinggal mereka.

“Mereka juga akan dikuarantin 14 hari seperti mana kerajaan negeri putuskan mana-mana penumpang datang dari luar termasuk Semenanjung akan dikuarantin,” katanya.

Beliau berkata, pergerakan pulang itu membabitkan 53,000 iaitu 85 peratus daripada jumlah keseluruhan penuntut IPT termasuk kolej komuniti dan politeknik manakala 15 peratus lagi memilih menetap di kampus dan kolej masing-masing.

“Mereka yang kekal di kampus kita akan tanggung makan minum macam biasa.


“Bagi institusi lain di bawah kementerian lain contohnya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) juga dibenarkan pulang tetapi perlu mematuhi SOP dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya.

AM: Kita diminta mengambil tahu atau perhatikan apa yang disampaikan oleh para pemimpin, apa yang berlaku dalam syarikat, apa yang berlaku di Malaysia juga seluruh dunia. Nak sebut di Malaysia sahaja pun dah terlalu banyak perkara yang berlaku khasnya Ramadhan tahun ini yang sangat pelik.

Cuba kita perhatikan, tanpa menganalisa pun dah rasa pelik.
Ramadhan tanpa kemeriahan Bazar Ramadhan…pelik.

Ramadhan tanpa bufet buka puasa di hotel…pelik.

Ramadhan tanpa buka puasa free di masjid surau…pelik.

Ramadhan tanpa raikan anak yatim dan asnaf zakat (mungkin ada nanti tapi berbeza) pun pelik.

Ramadhan tanpa kemeriahan berjemaah tarawih beramai-ramai di masjid… sangat pelik.

Mari kita ringkaskan maklumat di atas:

  1. 53,000 pelajar IPT dibenarkan pulang.
  2. Jumlah ini adalah 85 peratus daripada jumlah keseluruhan penuntut IPT termasuk kolej komuniti dan politeknik
  3. Ertinya jumlah semua pelajar adalah seramai 62,352 orang pelajar
  4. Manakala 15 peratus lagi iaitu seramai 9,352 orang memilih menetap di kampus dan kolej masing-masing.
  5. Mereka yang kekal di kampus akan ditanggung makan minum macam biasa.

Untuk apa kita melihat data ini? Agar ada rasa bersyukur. Contohnya, “Akhirnya dapat juga mereka balik bersama keluarga walaupun sebahagiannya akan masuk kuarantin selama 14 hari.” Bersyukur juga kalau kamu tak seperti mereka. Kemudian tambah lagi rasa prihatin itu untuk memikirkan masa depan mereka bila grad. Agak-agak nak kerja apa ya bila pasaran kerja juga akan berubah sama sekali?

62 ribu ramai tu. Tak campur dengan mereka yang sudah sedia menganggur dan yang bakal menganggur pasca covid-19. Covid-19 ni pun tak tau bila pascanya. Kalau angkasawan negara pun dah jadi penghantar makanan, kita yang bumiwan ni macam mana pula?

Orang beriman kena terus yakin kepada Allah malah bertambah keyakinan dengan ujian yang datang dari-Nya.
Firman Allah,

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

Yang penting kita ikut perintah Allah baru dapat rasakan setiap kesukaran disertai kemudahan. Apa perintah Allah? Allah suruh puasa. Puasa yang macam mana? Puasa sampai dapat takwa.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Puasa sampai dapat takwa ini tak cukup sekadar tahan lapar dan dahaga sahaja. Tahan tak bersama isteri di siang hari sahaja. Tahan tak korek hidung dan telinga semata-mata. Tapi mata masih tonton filem yang penuh maksiat seperti terbuka aurat, bahan lucah, melihat sesuatu yang Allah larang. Semuanya menghakis takwa. Telinga masih dijamu dengan muzik yang haram, umpat keji, fitnah dan adu domba. Mulut masih celupar sakitkan hati mak bapa, adik beradik atau Front liner juga penonton Video internet. Mulut maki hamun, mencarut, mengumpat, berbohong, menyindir, mengutuk dll yang semua itu haram dan menafikan takwa. Begitu juga jari asyik menaip di medsos membawang, memaki, memviral fitnah dll.

Tahun ini kita kena tingkatkan puasa kita demi menjadi orang bertakwa. Puasa lah bersama rasa takut kepada Allah. Dah 283 ribu orang kena Covid-19 tak takut lagi ke? Dah 197 ribu mati tak gerun lagi dengan Allah. Satu dunia kena duduk di rumah berperang dengan tentera Allah yang kita tak nampak, masih tak ada rasa dengan Allah. Mari tingkatkan rasa-rasa ini. Himpunan rasa-rasa takut, gerun, bimbang, malu, terhutang budi, berterima kasih, lemah, dhaif, rasa bersalah, rasa berdosa, himpunan seluruh sifat-sifat mahmudah inilah akan membentuk takwa.

Contohnya datangkan rasa malu, bersyukur pada Allah, aku pun berdosa juga tapi aku masih selamat dari wabak ini. Terima kasih Tuhan. Suburkan semua rasa-rasa ini. Bukan hanya puasa sekadar jaga sah dan batal semata-mata tapi membawa rasa, bagaimana pandangan Allah terhadapku?

Nanti baru kita benar-benar rasakan setiap selepas kesusahan ada kesenangan dari Allah. Ia adalah pasti kerana itulah janji Allah. Tetapi kalau kita masih tetap lalai dan ego, tak mustahil Allah akan timpakan sesuatu yang lebih berat dari ini seperti yang berlaku kepada Firaun,

فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلْجَرَادَ وَٱلْقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَايَٰتٍ مُّفَصَّلَٰتٍ فَٱسْتَكْبَرُوا۟ وَكَانُوا۟ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Maka Allah hukum mereka dengan tenggelam di laut Merah.
Mari kita bertaubat dan tambah kualitikan puasa kita.

AB Bandar Kuarantin

10.34am, Apr 25, 2020

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: