Trauma lihat suami, anak ditetak depan mata

Kongsikan kepada yang lain
Share



Gambar kiri; Keadaan suami mangsa samun,Syed Akhbar Mukaddim Shah,32 yang cedera ditetak berkali-kali dalam kejadian samun.Gambar kanan; Keadaan anak mangsa samun, Suhaimi Mohamed,33 yang cedera ditetak berkali-kali dalam kejadian samun di Kampung Air Tawar, Tok Bali,Pasir Puteh. 

PASIR PUTEH: Seorang wanita berdepan detik menakutkan apabila melihat suami dan anak lelakinya ditetak berkali-kali oleh sekumpulan penyamun dalam kejadian di Kampung Air Tawar, Tok Bali, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam tadi, Che Minah Che Muda, 56, berkata dia sedang memasak sup ayam untuk berbuka manakala suaminya, Syed Akhbar Mukaddim Shah, 32, sedang menjirus tanaman di belakang rumah mereka di pintu dapur sebelum kejadian ngeri itu berlaku.

Katanya, sebelum itu dia dan suami hanya berbuka dengan cendol kerana baru pulang dari menjual sayuran dan ikan kering di pasar basah di Tok Bali.

“Saya baru siap hidang makanan dan suami nak basuh tangan, tiba-tiba meluru tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang samurai masuk melalui pintu dapur dan terus menetak kepala suami berkali-kali.

“Saya terus menjerit meminta tolong tettapi meluru pula dua lagi lelaki lain dengan salahseorang mencekik tengkuk saya manakala seorang lagi mencabut barangan kemas yang ada pada jari dan tangan saya,” katanya ketika ditemui di Tok Bali, di sini, hari ini.

Che Minah berkata, penjenayah berjaya membawa lari dua utas gelang tangan dan sebentuk cincin yang dianggarkan berharga lebih RM70,000.

Dia berkata, ketika mereka pasangan suami isteri sedang bergelut dengan penjenayah, anak lelakinya, Suhaimi Mohamed, 33, yang tinggal berdekatan rumahnya datang selepas mendengar jeritan ibunya.

Katanya, Suhaimi kemudian menjerkah penyamun itu namun tiga lelaki yang sedang menyerang suaminya bertindak menyerang pula anak lelakinya dengan menetak bahagian kepala anaknya bertubi-tubi.

“Selepas menyerang anak, lima lelaki itu terus melarikan diri melalui pintu dapur yang mereka masuk dan saya bergegas minta bantuan jiran dan ke hospital,” katanya yang tidak dicederakan.

Che Minah berkata, suami dan anaknya menerima berbelas jahitan di kepala selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

“Saya masih rasa trauma terbayang suami dan anak ditetak berkali-kali depan mata dan ini kejadian samun kali ketiga yang pernah saya alami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata mangsa sudah membuat laporan polis di Balai Polis Cherang Ruku, jam 1 pagi tadi.

Katanya, pihak polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian.

Kredit: BHOnline

AM: Ada beberapa perkara yang anjang nak sebut: 1. Kita di bulan Ramadhan. Syaitan dirantai tapi ada jenayah sebegini menunjukkan tak semua syaitan dirantai. Firman Allah:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِىٍّ عَدُوًّا شَيَٰطِينَ ٱلْإِنسِ وَٱلْجِنِّ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin. Al-Anaam: 112

Jadi yang kena rantai syaitan jin, syaitan manusia tak.

2. Bulan Ramadhan ni segala Syaitan dirantai. Kalau berlaku jenayah yang menakutkan begini, ia adalah dorongan nafsu, bukan bisikan syaitan. nafsu yang tak terdidik selama 11 bulan, walaupun tanpa penasihatnya Syaitan, ia projek tetap berjalan. Tak hairanlah ada yang ditangkap kerana judi, sabung ayam, langgar PKP dll.

3. Ada beberapa sebab seseorang itu memakai barang kemas daripada emas. Antaranya untuk mengelakkan bayar zakat emas perak kerana syarat zakat emas perak ialah ia dalam simpanan selama setahun, jika nilainya cukup seperti yang ditentukan, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% dari nilai emas perak tersebut tetapi jika ia dipakai sebagai hiasan, tidak wajib zakat atasnya. Oleh itu harus memakai barang kemas sebagai hiasan.

4. Tetapi jika dengan memakai barang kemas khasnya terlalu banyak atau sangat menarik perhatian yang mengundang kejadian jenayah hingga melibatkan kecederaan atau keselamatan nyawa, biasanya berlaku begitu, maka hukum harus memakainya tadi berubah menjadi HARAM kerana keselamatan nyawa lebih utama.

5. Adapun memakai barang kemas kerana ingin menunjuk-nunjuk, berbangga dengan kemewahan dan seumpamanya maka ia adalah haram termasuk sifat riyak yang juga merupakan syirik khafi, syirik yang tersembunyi kerana berbuat bukan kerana Allah, mengharap selain Allah adalah syirik. mengharap pujian manusia, lupa Tuhan yang memberi segala nikmat tersebut.

Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan seluruh umat Muhammad. Tutuplah aib kami dan aib seluruh umat Muhammad di dunia dan akhirat.

AB

5.33am, Mei 18, 2020

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: