Mukhriz umumkan peletakan jawatan hari ini

Kongsikan kepada yang lain
Share
KENDERAAN rasmi membawa Menteri Besar, Datuk Seri Muhkriz Mahathir tiba di Wisma Darul Aman, pagi ini


ALOR SETAR: Kenderaan rasmi membawa Menteri Besar, Datuk Seri Muhkriz Mahathir tiba di Wisma Darul Aman, jam 9.10 pagi ini.

Beliau dijadual mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor pula dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14, pada jam 2 petang ini.

Kredit: BHOnline

AM: Macam-macam kejutan politik 2020 ni. Tun M letak jawatan. TSMY naik jadi PM. Tun M kemuka undi tak percaya terhadap TSMY. Parlimen bersidang sehari je pulak. Tiba-tiba kerajaan PH di Kedah pula tumbang. Apa maksud Tuhan atas semua ini? Lebih-lebih lagi saat semua orang terkurung dek ancaman Covid-19 dan kita berada di 10 hari terakhir Ramadhan 1441H. Doalah untuk kebaikan seluruh umat Islam. Sudah tentu Allah yang Maha Bijaksana sedang lakukan sesuatu yang akan mengembalikan semua manusia kepada mengingatiNya. Aamiin.


anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: