AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Bendung tindakan provokasi perkauman

Kongsikan kepada yang lain
Share
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan titah diraja bagi istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa bimbang melihat polarisasi kaum yang masih wujud di negara ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, sebarang bentuk tindakan provokasi dan fahaman serta nilai yang bertentangan dengan norma, adat dan undang-undang, walaupun dilakukan segelintir pihak, perlu dibendung sebelum ia merebak dan menjadi barah kepada kestabilan negara.

“Setiap kaum perlu menunjukkan sikap dan teladan yang jujur untuk mengeratkan hubungan.

“Dalam usaha mengukuhkan lagi kesepaduan sosial dan integrasi nasional, Beta menyambut baik pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara bagi memastikan agenda perpaduan nasional dapat diterapkan secara menyeluruh menerusi elemen kepercayaan dan jati diri yang teguh berlandaskan kepada prinsip Rukun Negara,” titahnya.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *