Pakej PRIHATIN amat besar dan luar biasa

Kongsikan kepada yang lain
Share
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bangunan Parlimen pagi ini bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14. 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta semua pihak menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) yang diumum kerajaan sebelum ini.

Baginda bertitah, pakej itu adalah suatu yang amat besar dan luar biasa.

“Justeru, ia perlu disokong sepenuhnya oleh semua pihak. Beta yakin dengan kerjasama dan kesepakatan yang jitu, cabaran yang kita hadapi ini akan dapat kita tangani bersama,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: