Dasar pertahanan negara perlu dukung aspirasi geo-politik – Agong

Kongsikan kepada yang lain
Share

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah kerangka strategi dan dasar pertahanan masa depan negara perlu mengambil kira kepentingan diplomasi pertahanan serta dasar luar negara yang pragmatik.

Baginda juga mahu kerangka itu mengambil kira triti antarabangsa dan kedudukan geo-politik negara di rantau Asia-Pasifik.

“Peningkatan aktiviti ketenteraan dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China di laut China Selatan, mutakhir ini wajar diberikan perhatian.

“Oleh itu, Malaysia hendaklah sentiasa peka kepada domain maritim negara di samping terus merangka strategi untuk mendukung aspirasi geo-politik negara,” titah baginda.

Pada masa yang sama, Tuanku mengingatkan tahap keselamatan dalam negara terus dipertingkatkan terutama dalam menangani pelbagai jenayah, penyalahgunaan dadah, penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Baginda turut meminta kerajaan merangka pendekatan yang komprehensif dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin yang menimbulkan pelbagai masalah dari aspek ekonomi, sosial dan keselamatan negara.

“Sempadan negara yang terbuka luas perlu diperkukuhkan dalam usaha mengekang laluan rentas sempadan membabitkan pendatang asing tanpa izin ini,” titahnya.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: