Jom Cek Arah Kiblat

Kongsikan kepada yang lain
Share

Dalam masa tak sampai sejam lagi, orang di Malaysia boleh cek arah kiblat yang tepat dengan cara tradisional iaitu melalui fenomena istiwa’ matahari di atas Kaabah. Pada hari ini jam 5.16 petang waktu Malaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah, maka kita boleh cek ketepatan arah kiblat dengan berpandukan bayang-bayang seperti gambar di atas.

Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat

Bahan2 diperlukan:

  1. Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak@boleh berdiri tegak)
  2. Masking Tape
  3. Pen Marker

Cara-cara:

  1. Pada 27 Mei( hari ini )
  2. Pacakkan / Letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
  3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
  4. Tepat jam 5.16petang
  5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut.
  6. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
  7. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di atah bertentangan.
  8. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.
    Penerangan :

Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 27 Mei (2020 adalah Tahun Lompat) pada jam 5:16petang (waktu Malaysia)Pada tahun biasa, berlaku pada tarikh 28 Mei.
Pada waktu yang sama, di Mekah iaitu di Kaabah (jam 12.16pm Waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.

Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5.16pm dan 16 Julai jam 5.28pm. (Leap Year : 27 Mei & 15 Julai)

Kredit: JAKIM & grup Whatsup

Dah pasti kiblat tu jaga la sembahyang. Bukan tahu arah kiblat je, pastu tak jaga sembahyang. Kiblat dada ke arah Kaabah. Kiblat mata di tempat sujud. Kiblat hati mengingati Allah tanpa berpaling dariNya.

Pejabat KP

4.19pm, Mei 27, 2020

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: