Sedutan Berita

Kongsikan kepada yang lain
Share

COVID-19: Angka kematian seluruh dunia lebih 465,000

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 119,000 kes. -Reuters

ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat 6,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global kini lebih 465,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 119,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 49,000 dan 42,000 kes korban.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 ribu kes maut.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 20,000 kes.

AstroAwani

Ambil langkah pencegahan, bahaya jangkitan COVID-19 masih wujud – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia bahawa bahaya jangkitan COVID-19 masih wujud dalam komuniti.

Ekoran itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung terutamanya apabila melibatkan warga emas dan kanak-kanak.

“KKM akan terus memantau situasi jangkitan di dalam dan luar negara menerusi maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Dalam perkembangan berasingan, Noor Hisham berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendapati tiada pertambahan kertas siasatan baharu berhubung berita palsu dalam tempoh lebih tiga minggu yang lalu.

“Ini menunjukkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan tidak berkongsi berita palsu meningkat,” ujarnya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

Katanya, kandungan yang diragui kesahihan boleh disemak di laman web www.sebenarnya.my

Setakat 20 Jun lalu katanya, portal tersebut merekodkan 137.6 juta pengunjung.

Laman web COVID-19 KKM di tempat pertama enjin carian Google

Noor Hisham mempelawa orang ramai mengikuti perkembangan COVID-19 di laman rasmi dan media sosial KKM. – Gambar fail/BERNAMA

PUTRAJAYA: Carian maklumat dalam laman web COVID-19 yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi carian teratas di enjin carian Google.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laman web yang baharu beroperasi pada 5 Mei lalu itu merekodkan lebih 60,000 pengguna dalam tempoh sebulan.

Hebahan mengenai laman web itu telah diwar-warkan melalui portal rasmi KKM dan telah diperluaskan melalui media sosial KKM seperti Facebook, Telegram, Instagram dan Twitter,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Dr Noor Hisham juga mempelawa orang ramai supaya mengikuti perkembangan COVID-19 di http://covid-19.moh.gov.my/.

Katanya, antara lain orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai situasi semasa COVID-19 di telegram Kesihatan Crisis Preparedness and  Response Centre (CPRC) KKM dan laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan seperti berikut:

Laman Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novelcoronavirus-atau-2019ncov

Facebook KKM:

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Instagram KKM:

https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Twitter KKM:

Telegram CPRC KKM:

https://t.me/cprckkm

  • https://www anjangmuor com/2020/06/21/sedutan-berita/ (20)
  • https://www anjangmuor com/2020/06/21/sedutan-berita/#respond (4)
  • https://www anjangmuor com/2020/06/21/ (3)

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: