Bekas Pesalah diberi peluang kedua

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bekas Pesalah Diberi Peluang Kedua | MHI (23 September 2019)

Narration : Tidak mudah bergelar bekas pesalah, apatah lagi kehadiran mereka sukar diterima masyarakat. Namun ini tidak mematahkan semangat dua orang bekas pesalah ini mencari sinar baharu dalam hidup.

Zainal Ahmad, 47 tahun pernah keluar masuk penjara selama 19 kali kerana kes dadah. Dia pernah bekerja sebagai penjaga parkir di Chow Kit dan di situ dia mudah mendapatkan bekalan dadah dan sukar untuk pulih.
Prihatin dengan nasib Zainal, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membawanya untuk sesi pemulihan. Dia kemudian diberi peluang bekerja di syarikat Ikhwan milik seorang usahawan.

Jul Jublin, 24 tahun pula berasal dari Sabah, merantau ke Kuala Lumpur beberapa tahun lalu untuk mencari peluang pekerjaan. Namun dia ditipu agensi pekerjaan tersebut. Desakan itu menyebabkan dia mencuri pakaian di sebuah pasaraya lalu ditangkap dan dipenjara selama tiga bulan di Penjara Kajang.

Jul tidak pandai mengaji dan solat biarpun dia dilahirkan Muslim kerana latar belakang kehidupan lampaunya.

Seperti Zainal, Jul menerima hidayah dan sinar harapan dengan bantuan Haji Johari Murad yang mendidiknya mendalami Islam. Semoga perubahan ini menjadi titik tolak bagi dua insan ini berjaya di dunia dan di akhirat.

TV3 : Baik apabila diberikan peluang kedua sewajarnya ini sesuatu yang akan dimanfaatkan sebaik baiknya. Saya perkenalkan tetamu saya di sebelah kanan saya ialah Tuan Haji Johari Murad, usahawan restoran dan juga sukarelawan.
Di tengah-tengah ialah Zainal Ahmad. Dan di hujung sana ialah Jul Jublin dari Sabah, Zainal dari Segambut.

Kisahnya memang unik lah, lebih kepada keterpaksaan dalam mencari kehidupan, akhirnya terjerumus ke kancah perkara-perkara negatif. Sebelum itu kalau boleh kita tanya pada Tuan Haji, bagaimana pihak syarikat ini boleh buat keputusan untuk mengambil bekas-bekas pesalah ini.

GISBH : Kita ditawarkan oleh PPIM untuk mengambil bekas pesalah, penghuni Penjara Kajang dan sebenarnya tiga orang. Tapi yang datang sini dua orang. Dan Dato’ CEO kami membuat keputusan untuk memberi peluang kepada mereka bekerja dengan syarikat di restoran Ikhwan di Kota Damansara dan juga di Pasaraya/Ikhwan Mart. Setakat ini perkembangan sangat positif.

TV3 : Zainal dah berapa lama bekerja?

Zainal : Dalam sebulan, baru lagilah. Saya dibebaskan pada 26/8.(Harini 23/9) Hampir sebulan. Selepas itu terus terus dapat pekerjaan. Kami diangkat oleh pihak PPIM, di bawa Datuk Nazim di Penjara Kajang terus dibawa ke GISB.

Jul Julbin : Tarikh bebas lebih kurang sama. Bila ada tawaran, saya terus ambil kesempatan.

TV3 : Adakah fikir 2,3 kali Zainal sebelum menerima tawaran ini? Dah bebas, nak rasa kehidupan bebas dulu, baru fikir tentang kerja?

Zainal : Tanpa menoleh kebelakang lagi, nak perubahan, saya terus terima tawaran.

TV3 : Tuan Haji, adakah melatih mereka ini sama seperti pekerja lain ataupun ada cara-cara tersendiri? Sebab mereka ini mungkin baru keluar, kalau nak biasakan diri.

GISBH : Sebenarnya Zainal ini adalah 19 kali keluar masuk. Kalau dengar cerita dia memang sedih. Memang kita rasa simpati. Tetapi apa yang kami buat dalam GISB Holdings ini ialah kami bagi peluang kepada mereka.

Sebaik kami terima, kami anggap mereka ini saudara sendiri. Tidak ada beza sebagai seorang saudara Muslim, kita bagi peluang kepada mereka dan bagi kasih sayang dan itulah sebenarnya yang dia tak ada selama ini. Dia boleh cerita apa yang dia tempuh sebelum ini lah, bekerja dengan syarikat lain. Dia tak dapat rasa macam mana dia dapat dengan kami. Pendekatan kami kasih sayang.

TV3 : Bagaimana pula berhadapan dengan stigma masyarakat – ialah mungkin ada yang tahu. Mungkin ada yang tak tahu ya, tapi setengah orang macam dia, mungkin sebelum ni kita dengar, kalau nak ambil bekas-bekas pesalah ini bukan sebanyak ini. Memang – sebab khuatir mereka akan melakukan jenayah lagi, kan?

GISBH : Sebenarnya prinsip kami ialah manusia itu dia tetap ada kelebihan dan kekurangan. Cuma mereka, kesalahan mereka itu membawa mereka ke dalam penjara. Tapi ramai masyarakat ataupun individu yang lain yang juga masalahnya ada kejahatan- kejahatan tertentu tapi terlindung, tidak dibawa masuk ke penjara.

Contohnya, kejahatan hati – takabbur sombong, hasad dengki, fitnah. Semua itu sebenarnya boleh buat masuk penjara pun. Tinggal sembahyang, akhirat pun masuk neraka wail pun.

Jadi maksudnya kami beri pendekatan bahawa peluang masih ada dan Insya Allah kalau berterusan bersama dengan kami, kami akan guna sepenuh daya usaha kami untuk membantu mereka.

Insya Allah pekerjaan yang mereka buat, kemahiran yang mereka sedang tempuh sekarang ini, dia akan boleh diberi peluang. Kami ada restoran di seluruh dunia pun; di Manchester, di London, di Paris, di Frankfurt. Mungkin mereka ini kita boleh hantar sana. Banyak betul peluang yang boleh diambil ni.

TV3 : Jul ada rasa risau tak bila mula bekerja?
Jul: Yakin

TV3 : Yakin dan seronok ya. Tidak ada kebimbangan yang orang akan kata anda ini bekas pesalah dan sebagainya.

Zainal : Saya tak ada fikirkan apa yang orang nak cakap. Sebab ini semua suara sumbang yang akan membuatkan saya boleh jatuh balik. Jadi bagi saya ini satu kelahiran semula. Pihak GISBH di mana Dato’ Lokman telah memberi saya peluang, satu landasan yang terbaik yang saya buat di dalam 100 meter yang terakhir, sirotol mustaqim, jalan yang lurus, husnul khatimah.

TV3 : Mereka seolah-olah diberikan satu motivasi untuk bekerja dan juga melihat kehidupan dengan satu perspektif yang lebih positif.

GISBH : Sekarang, hidup mereka adalah ibadah. Mereka lihat – bayangkan daripada 73000 penghuni penjara di Malaysia, tiga orang yang terpilih bersama dengan kami.

Dato’ CEO kami, bila tengok gambar mereka terus terpikat nak memberi peluang kepada mereka. Dan Alhamdulillah, pendekatan yang kami buat itu, tidak ada kuliah rasmi pun. Tapi secara apa sahaja, bergaul dengan bersahaja, sambil bekerja, sentiasa bertanya khabar kepada melihat apa keperluan, apa yang dia perlu secara dalaman hati dia itu.

Itu yang kita pergi sebenarnya. Bawa dia kepada Tuhan supaya dia rasa besarnya Allah menganugerahkan mereka peluang yang sebenar & masing-masing bertekad mengambil ini sebagai jalan kehidupan yang sebenar.

19 kali keluar masuk penjara, bayangkan. Dia jumpa tempat yang sama. Akhirnya berkat doanya mungkin dia ketemu dengan kami.

TV3 : Istimewanya nama Ikhwan tu kan?

GISBH : Ikhwan tu maknanya saudara

TV3 : Selain kita melihat sudut penerimaan itu, sudut kepimpinan seseorang juga – teruji apabila berhadapan dengan situasi begini. Jadi, apabila menerima dengan hati terbuka dan kemudian membuka satu ruang dan kesempatan untuk mereka melihat kehidupan yang lebih baik ini, ini adalah satu yang sewajarnya dicontohi juga. Jul dengan dengan kawan -kawan lain, rasa macam keluarga ke macam mana? Di tempat kerja.

Jul : Rasa ada lain sikitlah. Di sini macam layan mesralah

TV3 : Jul, apa yang seronok bekerja sekarang? Adakah sebab dapat dapat gaji ke? Ataupun masa itu terisi dengan pelbagai perkara? Ataupun ada perkara lain? Sekarang sebagai sibuk bekerja, kan? Jadi itu yang buatkan seronoklah? Zainal?

Zainal : Dalam GISB Holding, saya dapat mengatur hidup saya daripada saya bangkit daripada Subuh hinggalah saya nak lelapkan mata, saya boleh mengatur hidup saya. Saya ada masa untuk beribadat, mendekatkan diri saya kepada Allah. Saya ada masa saya untuk bekerja.

Antara saya dengan kawan-kawan yang lain kami tak ada satu gap pun. Kami saling berkasih sayang. Ya, kami saling ingat mengingati. Kami rasa ada dalam satu keluarga yang besar. Jadi amat membahagiakan saya dan tak pernah dapat lagi.

TV3 : Usia kira dua puluh tahun lebih berbeza kan antara Jul dengan Zainal. 47 dan 23. Barangkali masih muda, banyak lagi boleh boleh dilihat, yang boleh ditempuh, boleh dipelajari dan sebagainya. Zainal, 47 tahun, Adakah dia rasakan macam – kenapalah saya terima ini lewat usia ataupun tidak rasa begitu?

Zainal : Bagi saya memang rasa 19 kali saya masuk ini, kalau kata kali pertama saya masuk dari penjara sana, kemudian saya keluar – jika ada peluang dari GISB Holdings, offer macam ni memang saya dah terima. Mungkin saya tak ada yang kedua, ketiga, keempat dan naik kepada 19.

TV3 : Ya, maaf saya tanya, tapi 19 kali itu banyak. Dalam tempoh 19 kali itu, ada tak peluang sebegini tapi terlepas?

Zainal : Memang ada.Tapi yang memberi peluang ini mewujudkan satu gap. Jadi kami tak boleh nak berinteraksi secara open, rasa nak berselindung lagi. Tapi selama kami berada dengan GISBH kami bak adik beradik, kami ada ibu dan ayah kami. Jadi kami boleh bercerita apa masalah kami tanpa rasa segan dan silu. Paling pentingnya, kami menitip urusan kami, semata -mata kepada Allah, merintih kepadaNya. Insya Allah ada pertolongan daripada Dia.

TV3 : Mengeratkan hubungan dengan Tuhan dengan Pencipta, dan juga hablu-minannas sesama manusia. Ini Haji, bila mereka berkongsi pengalaman ini dan keseronokan begini, (Saya tak tahu) Ini baru sebulan bekerja kan? Bagaimana nak memastikan istiqamah itu? Sebab kadang-kadang bila dugaan di luar, kadang-kadang masih datang. Untuk melindungi mereka ini supaya tidak memikirkan ke ataupun terjebak kembali.

GISBH : Kalau kita tengok pada keadaan mereka daripada awal sampai ke hari ini dia ada peningkatan.Contohnya sebelum ini mereka merokok dua kotak sehari, tapi sekarang sudah tinggal satu batang sehari. Jul ini semalam, dia tak ambil dah.

Rasanya dia dah ada perubahan yang ketara. Cuma bagi kita, soalnya sejauh mana kita nak bina hati dia supaya dia rasa Allah itu dekat, supaya hati dia yang akan monitor diri dia. Hati yang terhubung dengan Allah dan itulah yang sedang kita bina. Secara tak rasmi pun.

Kami sambil sembang tengok dia kerja, tegur dia. Kemudian suasana yang ada, kami dah ada ramai remaja yang bekerja sekali yang membantu diorang. Suasana itu membentuk terasa kasih sayang, dihargai. Rasa dihormati. Rasa dia ada harga diri. Bila diberi peluang dan kita tak marah pun, kita tak control.

Kita tak marah ataupun tak buat sesuatu yang menyinggung dialah. Sebab kita tahu kita hargai dia sebagai manusia, apatah lagi saudara seIslam yang kita harap. Itu pun jadi peluang untuk kita dapat keselamatan di akhirat juga. Ya, kita menghargai sesama Muslim.

TV3 : Mungkin rasa dihargai itu sangat penting ya? Akhir sekali, harapan dalam kehidupan Jul?

Jul : Harapan saya dapat peluang ini. Mahu belajar mengaji.

GISBH : Jul ini tak tahu membaca, menulis. Insya Allah kita ambil tanggungjawab inilah untuk mendidik dia.

TV3 : Kita doa yang terbaik. Zainal, harapannya?

Zainal : Saya kata jalan yang dibuka ini, kami bertiga ini kami yang merintis. Kami yang teroka jalan ini. Jadi kami berharap kepada GISB Holdings, merayu kepada CEO kami Dato’ Lokman dapat memberi peluang ini kepada sahabat-sahabat kami yang lain. Diorang ni pun nak juga berubah tapi tak nampak jalan lagi. Jadi mungkin kami rintis ni, kami teroka ini – orang boleh buka mata, sekali dengan GISB Holdings.

TV3 : Semoga lebih ramai orang yang akan mengambil kesempatan ini untuk menjadi lebih baik. Terima kasih banyak, Tuan Haji . Semoga dipermudahkan segala urusan dan menjadi usahawan yang berjaya. Semoga Jul dapat baca, tulis – belajar dan sebagainya & menjadi orang yang berguna. Tuan Haji Johari Murad, saya, Zainal Ahmad dan juga Jul Jublin, terima kasih banyak dari Malaysia Hari Ini. Terima kasih

ConvertSpeechToMalay© 2020

Kredit: FB Heliconia Muntazirah

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *