PERTANIAN GISBH DI LEMBAH BERKAT 2

Kongsikan kepada yang lain
Share
Hasil pertanian Ikhwan dari LB2

PROJEK PERTANIAN IKHWAN DI LEMBAH BERKAT 2

  1. Bertani untuk laksanakan tugas sebagai khalifah Allah.
  2. Bertani untuk berkhidmat sesama manusia.
  3. Untuk bekalkan sayur-sayuran, ulam-ulaman dll hasil bumi yang diusahakan oleh orang Islam yang dipimpin perlaksanaan syariatnya.
  4. Ada pekerja dari Staf GISBH dan ada yang dari luar.
  5. GISBH sedang berusaha menjalankan pertanian berskala besar untuk memenuhi keperluan Pasaraya Ikhwan dan Ikhwan Mart dalam memberi khidmat kepada masyarakat.
  6. وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ انظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
    Maksudnya: “Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh­tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buahan) yang bergugus­gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dan mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berubah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman “

(Surah aI-An’am: 99)

Allah mengajak kita berfikir tentang kekuasaan-Nya yang kelihatan pada tanam-tanaman. Asalnya tiada. Allah tumbuhkan, bercambah, subur, berbunga dan berbuah. Dari tanah yang sama tapi mempunyai hasil yang berbagai bentuk dan rupa untuk keperluan manusia sendiri.

Ajaibnya ciptaan Tuhan. Akar menjalar di tanah yang sama. Menyedut air dan garam galian yang sama. Mendapat cahaya dari matahari yang sama. Tiba-tiba hasilnya berbeza. Cili berwarna hijau kemudian merah. Kecil tapi pedas. Menjadi pembuka selera sebagai sambal. Ubi putih bersih. Direbus cukup air dan tepat masanya jadi lembut gebu dan amat sedap dicicah sambal tumis. Boleh juga digoreng dan lawankan dengan sambal kicap. Betik apabila masak kuning kemerahan sangat berkhasiat. Begitulah sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan.
Hebatnya Tuhan, dari sumber yang sama tapi hasilnya berbeza-beza, manfaatnya kepada semua manusia.

  1. Saiyidina Anas bin Malik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا، أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا، فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ، إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَة

Maksudnya: “Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau binatang tiada yang lain kecuali baginya sebagai sedekah.”

Riwayat Imam al-Bukhari

Begitu Allah melayan para petani, mendapat pahala sedekah atas usahanya bila sabar dan redha jika berlaku sesuatu musibah dalam usaha pertaniannya. Tiada yang sia-sia.

Mudah-mudahan segala usaha pimpinan GISBH menggiatkan projek pertanian demi kemuliaan umat Islam agar makan dari hasil tangan umat Islam sendiri tanpa bergantung kepada orang-orang yang syirik dengan Allah sentiasa mendapat keberkatan dan dibantu oleh Allah Taala.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *