Hagia Sophia dikembalikan status kepada masjid

Kongsikan kepada yang lain
Share
Hagia Sophia (Aya Sophia) sewaktu Anjang kunjungi 9.10.2019

Salam ceria,

Semalam dapat mesej bergambar dari Ihsan Malay seorang warga Turki yang berkawan dan sangat sayangkan Datuk Nasiruddin Mohd Ali, mesej mengenai Aya Sofea (Hagia Sophia) kembali menjadi masjid. Ia berita gembira bukan sahaja kepada orang Turki tetapi seluruh umat Islam di dunia.

Satu mesej dari FB Erdogan sendiri.

10 Julai 2020
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Oleh kerana keputusan Majlis Menteri-Menteri bertarikh 24/11/1934 dan bernombor 2/1589 mengenai penukaran Masjid Hagia Sophia, yang terletak di wilayah Fatih Istanbul kepada sebuah muzium telah DIBATALKAN oleh Keputusan bernombor E:2016/16015, K 2020/2595 Majlis Negara, Sesuai dengan pasal ke-35 Undang-Undang tentang Pembentukan dan Tugas-tugas Presiden & Kepresidenan Hal Ehwal Agama No. 633 bertarikh 22/6/1965, pentadbiran Masjid Hagia Sophia diputuskan untuk dibuka sebagai tempat beribadah.
Recep Tayyip Erdogăn-
(3 foto Lukisan Hagia Sophia bertarikh 1929 semasa ia sebuah masjid oleh Wladimirr Petroff. Ditukar menjadi muzium oleh Atartuk pada 1934. Penukaran bangunan ini ke fungsi masjid semula disanggah negara jiran Greece, Amerika Syarikat dan Majlis Gereja Vatican)
Satu lagi Ihsan hantar karikatur presiden Erdogan mengoyakkan syarat untuk memasukinya kena beli tiket kepada kena berwudhu’. Ertinya free tanpa bayaran.

Berita yang kita baca pun menyebut, ISTANBUL: Kerajaan Turki dibenarkan untuk menukar status bangunan ikonik, Hagia Sophia yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan tersebut selepas Majlis Negara mengemukakan petisyen yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.

Keputusan tersebut sejajar dengan seruan Presidennya, Recep Taayyip Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan, keputusan tersebut mungkin mencetuskan ketegangan dengan negara jiran, Greece yang mahu bangunan itu dikekalkan sebagai sebuah muzium.

Sebelum ini, premis itu membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan berkenaan yang dibangunkan pada kurun keenam tetapi berbayar.

Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople.

Maklumat Asas

Pereka

Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles
Kegunaan
Katedral Ortodoks Timur (537–1204)
Katedral Katholik Rom (1204–1261)
Katedral Ortodoks Timur (1261–1453)
Masjid Empayar Uthmaniah (1453–1931)
Muzium (1935–2020)
Masjid (10.7.2020- )

Bahan
Ashlar, bata
Panjang
82 m (269 ka)
Lebar
73 m (240 ka)
Tinggi
55 m (180 ka)
Tarikh mula dibina
532
Tarikh disiapkan
537

Aya Sofea asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Aya Sofea menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun.

Bahagian dalam Aya Sophia

Pada tahun 1453, selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dikeluarkan sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Aya Sofea kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Aya Sofea menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model pada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Aya Sofea mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.

Sebenarnya Aya Sofea mempunyai sejarah yang panjang. Ia adalah sebuah bangunan lama bersejarah yang sangat indah dan besar, yang terletak di Kota Istanbul, Turki. Aya Sofea dibangun pada abad keenam pada kekaisaran Kristian Byzantine dan Khilafah Muslim Uthmaniah

Umur Aya Sofea sudah lebih dari 1478 tahun. Berdasarkan sejarah, bangunan itu selamat ratusan kali dari musibah bencana alam. Saiz bangunan, usia, kemegahan, rekabentuk dan suasana keajaibannya benar-benar membuat Aya Sofea sebuah tempat unik di dunia.

Pembangunan Aya Sofea dilakukan dalam tiga tahap. Bangunan ini awalnya dibangun pada 360 AD, yang terdiri dari atap kayu. Awalnya, Aya Sofea adalah sebuah gereja, namun dibakar dalam sebuah rusuhan pada 404.

Di bawah kepemimpinan Theodosius II, Aya Sofea dibangun lagi menjadi sebuah gereja lama yang sangat besar (Basilica) pada 415. Akan tetapi, bangunan ini kembali dibakar dalam pemberontakan Nika melawan Justinian pada 523.

Sekitar 45 hari setelah pemberontakan meletus, Justinian membangun lagi Aya Sofea. Kemudian dia membuka bangunan itu untuk lawatan umum pada 537.

Setelah menaklukkan Konstantinopel pada tahun 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih memerintahkan agar Aya Sofea diubah menjadi sebuah masjid. Jelas kelihatan berbeza tindakan seorang yang dipimpin Allah, kalau sebelum itu Aya Sofea menjadi sasaran pihak yang bermusuhan dengan membakarnya, ia tidak berlaku di tangan pemimpin yang Rasulullah janjikan. Aya Sofea dijadikan tempat hamba-hamba Allah membesarkan Tuhan mereka.

Setelah itu di dalam pemerintahan Empayar Uthmaniah, Mimar Sinan diamanahkan untuk membuat beberapa pemulihan dan menambahkan elemen Islam pada bangunan itu. Dalam proses pemulihan beberapa kali itu, ditambahkan menara, mihrab dan dibuat menghadap ke arah kiblat di Mekah.

Selama era pemerintahan Uthmaniah, bahagian sebelah timur bangunan ditambah. Seiring berjalannya waktu, Aya Sofea telah menjadi sebuah komplek yang terdiri dari makam, air pancut, perpustakaan dan fasiliti lain.

Restoran GISBH di Istanbul, Turki dengan nama ‘Nur Muhammad’ tidak jauh dari Aya Sophia.

Aya Sofea digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 481 tahun sebagai masjid. Pada 1934 atas arahan Mustafa Kemal dan keputusan Dewan Menteri, gedung itu diubah dari masjid menjadi sebuah muzium. Semenjak itu pula, Aya Sofea dibuka untuk para pelancong.

Alhamdulillah di bawah pemerintah Presiden Erdogan, Aya Sofea telah ditukar fungsinya untuk dikembalikan menjadi masjid walaupun mendapat tentangan dari Menteri Luar Negeri AS, Mike Pompe, kerajaan Greece dan kerajaan Rusia antaranya kerana ia telah diwartakan sebagai tapak budaya UNESCO. Ia bukan sahaja kemenangan Turki terhadap musuh-musuhnya malah kemenangan seluruh umat Islam sedunia. Apakah akan ada lagi kemenangan lain yang lebih besar untuk umat Islam khasnya ketika kita menuju Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban dan seterusnya menuju bulan Muharram ataupun Bulan Kemenangan?

Kota Damansara

11.21 am, Jul 11, 2020


View Aya Sophia dari tingkat paling atas Restoran Nur Muhammad di bawah GISBH Turki. Untuk ke Aya Sophia dari Restoran Nur Muhammad hanya memakan masa 5 minit berjalan kaki. Sangattt dekat.

P/s Ada maklumat yang baru anjang dapat menyatakan bahawa Aya Sofea ini telah menjadi milik Sultan Muhammad Al-Fatih kemudian baginda mewakafkannya. Wallahu Taala A’lam…

AYA SOFEA SEBENARNYA ADALAH MILIK PERIBADI SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Seorang pengkaji Aya Sofea mendapati bahawa Masjid Aya Sofea sebenarnya adalah milik peribadi Sultan Muhammad Al Fateh kemudian beliau telah mewakafkannya menjadi masjid.

Ianya bermula apabila baginda membuka Konstantinople lalu baginda membeli Aya Sofea daripada paderi-paderi waktu itu dengan hartanya sendiri dan bukan harta negara atau baitulmal.

Seterusnya baginda mewujudkan pusat wakaf dan mewakafkan Aya Sofea sebagai masjid. Semua bukti-bukti pembelian dan harganya ditulis dan direkodkan dan dokumen pembelian ini masih disimpan di muzium Aya Sofea dalam bahasa Arab dan Turki. Inilah kebijaksanaan baginda dalam menguruskan Aya Sofea supaya tidak menjadi pertikaian di masa akan datang.

Oleh kerana itulah mahkamah Turki telah membatalkan keputusan menjadikan Aya Sofea sebagai muzium kerana ia melanggar kontrak wakaf yang sah bahkan tertulis dengan jelas dalam dokumen pembelian dan wakaf tersebut nama “Abul Fath Sultan Muhammad”.


By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *