AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Ucapan Takziah daripada Mr Marat Kabaev dari Rusia

Kongsikan kepada yang lain
Share
Mr Marat Kabaev bertemu YBhg Tuan Mohd Rasidi di Expo Halal Rusia

Mr Marat Kabaev adalah Presiden Persatuan Perniagaan Islam Antarabangsa (IAIB). Berkenalan dengan GISBH dan para pemimpinnya semasa melawat Malaysia tahun lepas. Perhubungan menjadi bertambah erat bila GISBH menyertai Expo Halal di Samara, Rusia.

Berikut terjemahan ucapan takziah beliau:

Assalam aleikum wa rahmatullahi wa barakyatuhu!

Hari ini di usia 67, kenalan rapat kita dari Malaysia yang juga ahli IAIB, seorang figur yang dikenali ramai, yang terkenal kerana pemurahnya, seorang ahli agama dan ahli perniagaan, Sheikh Rashidi Abdullah telah meninggal dunia.

“INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN” “Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.”

Beliau terkenal dikalangan ramai orang sebagai pengasas syarikat Malaysia yang terkenal iaitu GISB Holdings yang mempunyai beribu pekerja Muslim.

Juga, sumbangan beliau kepada pembangunan rohaniah masyarakat, menjadi penaung besar dalam membawa agama kepada manusia dan kehidupan beliau yang dikorbankan untuk ini semua. Sheikh Rashidi Abdullah berkongsi pengalaman dan ilmu beliau dengan ramai orang dan melatih ramai pakar.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada kita semua, kepada seluruh umat islam! 

Seluruh warga IAIB dengan ikhlas berganding dengan segala ucapan-ucapan takziah kepada kluarga dan kenalan-kenalan Sheikh Rashidi Abdullah serta kepada setiap individu yang rapat dan dikasihi beliau.

Saya memohon kepada Allah yang Maha Mengasihani supaya menganugerahkan yang dikasihi Sheikh Rashidi Abdullah dengan rahmat dan syurga yang tertinggi untuk segala usaha dan penat lelah beliau! Saya juga meminta kepada Yang Maha Besar agar keluarga serta kawan-kawan beliau dianugerahkan ketahanan ( kekuatan) dan kesabaran!

Bersama doa yang ikhlas

Marat Haji Kabaev


  • marat kabayev gisbh (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *