Bertemu Abang Mi, kawan lama di Kampung Tekek.

Kongsikan kepada yang lain
Share
Abang Mi sangat gembira bertemu Tuan Nasir di Kampung Tekek 6.8.2020

Bertemu Kawan Lama Kg Tekek.

Abang Mi kawan lama Tuan Nasir. Dia penduduk Kg Tekek. Memang lahir di sini. Kampung ni. Lahir tahun 1962. Lebih muda dari Tuan Nasir. Memang orang Tioman. Peribadinya baik.

Nama sebenarnya, Azmi bin Abdul Razak. Kami panggil Abang Mi je.Abang Mi pernah kerja dengan Hotel Berjaya sebagai tukang urut. Sekarang Abang Mi jaga chalet bersama abangnya. Chalet keluarga atas nama Tioman Kasih Sayang Chalet Tekek. 

Abang Mi Allah uji dengan penglihatannya kelam. Kelam sejak dari lahir lagi. Abang Mi dah berumah tangga. Direzekikan Allah 3 orang anak. 2 orang darinya Allah uji dengan penglihatan yang kelam juga. Seorang lagi normal. Allah sayang Abang Mi, Allah uji ada kekurangan di penglihatannya tapi hatinya baik. Sangat membantu GISBH.

Dulu Tuan Nasir menyewa chalet Abang Mi. Depan chalet tu ada pokok kelapa. Bawah pokok kelapa ada pangkin. Tuan Nasir duduk di pangkin hampir setiap malam. Di sini Tuan Nasir selalu mengenangkan mursyidnya. Sambil berwirid zikir. Mengenang-ngenangkan pengalaman bersama mursyidnya hingga tertidur di pangkin luar chalet menghadap laut. Bersama deruan ombak. Ombak Kampung Tekek. Ombak Tioman. Ombak kerinduan murid terhadap gurunya. Kadang-kadang terjaga jam 2 pagi, baru masuk ke chalet.

Depan pokok kelapa inilah Tuan Nasir berehat di waktu malam berhadapan dengan laut (sebelah kiri), sekarang pangkin di bawah pokok kelapa telah tiada.

Abang Mi berkawan baik dengan Tuan Nasir. Rasa persahabatan itu masih kekal hingga kita. Banyak peristiwa pahit manis yang ditempuh bersama. Sebab itu bila bertemu bersarapan roti canai di pekan Tekek baru-baru ini, Abg Mi asyik tersenyum-senyum teringatkan peristiwa-peristiwa bersama Tuan Nasir. Bagi Abang Mi semuanya jadi manis.

Ketika itu kita sewa 6 chalet, di cantum-cantum untuk jadikan surau dan kelas mengaji dewasa dan tadika juga kelas mengaji kanak-kanak. Murid-muridnya mencecah seramai 60 orang lebih hingga boleh buat show, marhaban, kursus dan lawatan ke sekitar projek kita di BCH. 

Macam biasa, ada yang tak senang bila dah ada berbagai aktiviti. Abang Mi sangat berani mempertahankan apa yang diyakini benar. Ada yang buat report ke Pejabat Agama. Atas aduan, Pihak Pejabat Agama beberapa kali datang. Oleh kerana kita berhubung baik dengan semua pihak termasuk Adun Tioman dan Pejabat Agama, guru-guru kita tidak dihalang malah diberi tauliah mengajar. Alhamdulillah kelas kita di terima ramai dan beberapa orang yang berdiri bersama Abang Mi telah memberi sokongan kepada kita hingga murid-murid dari kelas kita telah menjadi contoh di Tioman. Ketika itu, kita juga ada buat tuisyen bahasa dan Matematik.

Begitulah serba sedikit kisah Tuan Nasir dan Abang Mi Tioman. Sebahagian kisah diulang cerita menjadi segar sambil mengunyah roti canai banjir. Seakan-akan sukar berpisah kerana telah hampir 20 tahun tidak bertemu, dengan motornya, Abang Mi terus iringi kami masuk Berjaya Resort dan melawat Taman Laut. InsyaAllah GISBH akan usahakan Chalet patuh syariah di Tioman. Aamiin.

Kuantan

10.36am, Ogos 12, 2020.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: