AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Askar upahan terkenal dedah ‘rahsia’ Israel

Kongsikan kepada yang lain
Share

Diaz Flores pernah bertempur dengan pasukan neo-Nazi di Ukraine. – Foto: Agensi

MADRID – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) didakwa menggunakan perkhidmatan tentera upahan asing untuk menyertai kempen keganasan ke atas Genting Gaza yang telah meragut lebih 10,000 nyawa dalam tempoh sebulan.

Perkara itu didedahkan akhbar utama di Sepanyol, El Mundo berdasarkan wawancara bersama askar upahan terkenal, Pedro Diaz Flores.

“Saya sertai mereka kerana wang. Mereka beri bayaran yang tinggi berjumlah 3,900 euro (RM19,463) seminggu dan peralatan ditawarkan adalah baik. Tugasnya juga tidak sukar,” katanya ketika menjelaskan motif sebenar menyertai operasi Israel.

Sebelum ini, Diaz Flores pernah bertempur dengan pasukan neo-Nazi di Ukraine selepas Rusia melancarkan ‘operasi khas’ di wilayah Donbas pada tahun lalu.

“Kami hanya memberikan sokongan keselamatan kepada konvoi senjata atau anggota IDF di Gaza. Kami tidak memerangi Hamas secara langsung atau terlibat operasi serangan,” jelasnya.

Menurutnya, askar upahan turut ditempatkan di pos pemeriksaan keselamatan dan pusat kawalan akses di sempadan Gaza serta Jordan.

“Terdapat banyak syarikat tentera swasta (PMC) beroperasi di Tel Aviv dan ‘saling bekerjasama’. Secara teknikal, pasukan itu mengawal terminal antara Eliat dan Aqaba,” ujarnya lagi.

Pendedahan itu dibuat selepas spekulasi tentang penyertaan askar upahan yang sebelum ini berkhidmat di Ukraine setelah tumpuan Barat kini beralih dari Kiev ke Israel.

Kredit: Sinar Harian

AM: Begitu sekali musuh berusaha untuk menghancurkan Islam sedangkan mereka tahu, Islam akan naik dan memenangi semua ini. Pada mereka, dapat menagguhkan kejayaan Islam pun jadilah. Malanglah umat Islam ramai yang tak meyakini, Islam akan menang lalu terus ingin hidup selesa tanpa berjuang. Ada ke kemenangan tanpa perjuangan. Bila diajak tinggalkan makanan yang haram dan syubhat, masih lagi sayang dengan makanan yang biasa mereka ambil walaupun tidak jelas kehalalannya.

GISBH sediakan restoran-restoran halal, ayam goreng halal – Ayyam Sihat Fateh, roti canai telur basuh dan lain-lain produk untuk selamatkan umat ini daripada makanan yang haram dan syubhat.

Makanan haram dan syubhat membentuk peribadi yang tidak takut dan malu kepada Allah. Akhirnya, pemuda-pemudi yang kita harapkan jadi benteng agama, bangsa dan negara pun sanggup jadi seperti Diaz Flores, dapat habuan sebanyak RM120,000 bayaran bulanan sebanyak 2,000 Euro (RM9,281) dari dari Mossad, sanggup menangkap, mencolek malah membunuh sesama muslim. Begitu murah iman, Islamdan maruah diri dan bangsa dijual sedangkan orang dahulu membelinya dengan darah dan nyawa.

Ampunkan kami ya Allah!!

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *