Perasmian Ikhwan Mart dan Ikhwan Pharmacy Subang

Kongsikan kepada yang lain
Share

IKHWAN MART DAN IKHWAN PHARMACY DIRASMIKAN OLEH CEO GISBH DI SUBANG, SELANGOR 

Alhamdulillah atas rahmat dan kasih sayang Allah, 2 buah premis perniagaan Ikhwan dirasmikan di Pusat Perniagaan Ikhwan Subang iaitu Ikhwan Pharmacy dan Ikhwan Mart pada 12 Ogos 2020.

Majlis perasmian ini telah berlangsung bersempena hari kelahiran YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings yang ke-52 baru-baru ini.

Majlis Yang dihadhiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang berjalan mengikut Tatacara Operasi Standard (SOP) di Dewan Perdana Ekhwan Subang. Di antara tetamu yang hadir ialah Tuan Haji Mohamed Fauzy Abdul Hamid selaku Pengerusi Kumpulan Mofaz serta isteri, juga turut hadir antaranya Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dato’ Musa, Dato’ Fyzal Fauzi mewakili Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Personaliti TV Pencetus Ummah, PU Mohammad Azhar Hilmi dan PU Taha Mohd Omar serta jemputan yang lainnya.

Apa yang mengundang sebak seluruh hadirin di dalam majlis ini ialah ucapan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, mengenangkan pemergian Allahyarham Datuk Mohd Rasidi Abdullah, mantan Pengerusi Eksekutif GISBH yang telah pulang ke rahmatullah baru-baru ini.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Generasi Harapan sepanjang majlis berlangsung.

Ikhwan Pharmacy & Ikhwan Mart Subang yang merupakan premis ke 14 & 15 di Pusat Perniagaan Ikhwan Subang ini diwujudkan atas hasrat YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten & Kepimpinan GISBH untuk memberi khidmat kepada masyarakat atas nama Islam adalah cara hidup. 


Proses rekabentuk dan ubahsuai premis-premis di sini dilakukan oleh Remaja Pembela Ummah sebagai unit remaja di dalam rangkaian perniagaan GISBH. Moga-moga segala aktiviti yang dijalankan membantu warga GISBH lebih aktif dan kreatif memberi khidmat kepada masyarakat untuk sama-sama memburu cinta dan takut Allah.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: