Beberapa Pertemuan GISBH peringkat negeri Melaka

{"source_sid":"01514C1C-5E84-4553-A621-2472BD27694F_1599827781475","subsource":"done_button","uid":"01514C1C-5E84-4553-A621-2472BD27694F_1599827766477","source":"editor","origin":"unknown"}
Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Di peringkat antarabangsa GISBH berada di 16 buah negara manakala di peringkat nasional GISBH berada di seluruh negeri-negeri di seluruh Malaysia tidak terkecuali di negeri Melaka.

Base GISBH di Melaka terletak di kawasan perniagaan Melaka Perdana di Krubong. Di sini terdapat beberapa premis perniagaan antaranya restoran, bakeri, mini mart, travel & tours, langsir & deco dll.

Kilang kuetiew GISBH terletak di Serkam manakala Vila agam GISBH pula di Melaka Perdana, Bukit Katil. Pertanian berskala kecil dan ternakan ayam di Ramuan China Kecil.

GISBH Melaka dipimpin oleh YDH Tuan Nik Hazani Nik Muhammad. Di pihak wanitanya pula diterajui oleh YBhg Ibu Anisah Morad. Pun begitu ada dua buah projek di Melaka di bawah pentadbiran GISBH Negeri Sembilan iaitu sebuah mini mart di Lubuk Cina dan sebuah resort di Kuala Linggi.

Baru-baru ini beberapa orang pimpinan GISBH telah mengadakan beberapa pertemuan di negeri Melaka. Mereka diketuai oleh Pengerusi Eksekutif, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali. Turut serta, CEO YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, COO Tuan Hasnan Abd Hamid, Pengarah GISBH Melaka, Tuan Nik Hazani Nik Muhammad, ketua RPU, Tuan Mohd Adib At Tamimi dan rombongan.

Antara aktiviti sepanjang hari tersebut ialah:

  1. Pertemuan dengan CEO Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka.
  2. Lawatan ke tapak restoran yang GISBH bercadang mengambilnya iaitu di tepi Sungai Melaka.
  3. Pertemuan dengan pegawai di Kumpulan Melaka Berhad (KMB)
  4. Silaturrahim bersama team pengurusan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
  5. Pertemuan dengan pengurusan Melaka Finance House.
Sila klik untuk menonton

Alhamdulillah setiap pertemuan dapat menambah kenalan dan berbincang. Moga apa yang dirancamg memberi kebaikan kepada Islam dan umatnya.

Vila GISBH Pusat, Emerald, Rawang

11.31pm, Sep 12, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *