LIVE SHOW RPU depan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Semua manusia yang normal sukakan hiburan. Orang lelaki sukakan hiburan, perempuan pun suka. Orang tua sukakan hiburan, yang remaja dan kanak-kanak pun suka. Orang kaya sukakan hiburan, orang miskin pun begitu. Semua golongan sukakan hiburan.

Oleh itu dalam membawa Islam ke tengah masyarakat, perlu ada pakej penghibur yang menghiburkan dengan apa sahaja cara mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan tetapi sesuai dengan syariah Islamiah. Alhamdulillah, dalam pertemuan dengan tokoh korporat, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah baru-baru ini, team RPU yang memang dilatih dengan pelbagai kemahiran mengambil tanggung jawab melontarkan alunan nasyid sebagai penghibur sebagai penyeri majlis.

Tuan Adib dan Mus’ab mempersembahkan nasyid secara ‘live’.

Sila klik link di atas untuk tonton video persembahan nasyid.

Tuan Adib menyampaikan nasyid penuh penghayatan

Tan Sri Wan Azmi kelihatan menghayati lantunan suara RPU dalam Bahasa Inggeris. Di pertengahan nasyid, Tan Sri dan Tuan Hj Azmi merakam ‘live show’ itu ke telefon bimbit masing-masing. Mereka kelihatan terhibur apabila selesai menonton show tersebut lalu spontan bertepuk tangan di akhir persembahan.

Sesungguhnya hiburan itu tidak mesti membahagiakan, tapi kebahagiaan sudah pasti menghiburkan.

Mudah-mudahan Tan Sri dan kami semua mendapat kebahagiaan, itulah hiburan yang hakiki. Kebahagian hanya diperolehi oleh seseorang yang kenal Tuhan dan faham peranan Tuhan dalam kehidupan.

Dewan GISBH Melaka Perdana

11.43am, Sep 19, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *