MR.SOL membalas lawatan ke PPI BCH

{"source_sid":"01514C1C-5E84-4553-A621-2472BD27694F_1604046577552","subsource":"done_button","uid":"01514C1C-5E84-4553-A621-2472BD27694F_1604046569869","source":"other","origin":"unknown"}
Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam Rabiul Awal.

Setelah menerima kunjungan Tuan Nasir, Dato’ Lokman, Ibu Azura dan team RPU ke tempatnya, kenalan baru GISBH, Tuan Ariffin Embong, pemilik MR Secret Of Love, jenama minyak wangi dari kayu gaharu telah sudi membalas lawatan dengan berkunjung ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang pada 28hb Oktober 2020.

Beliau tiba lebih kurang pukul 5.15 petang dan terus tunaikan sembahyang jamak taakhir di Surau Ikhwan.

Oleh kerana Tuan Ariffin belum makan tengahari, selepas solat terus ke GH Corner untuk menikmati makan tengahari.

Tetamu GISBH memilih untuk makan Nasi Goreng Paprik dan 

tuan rumah juga ada memesan Menemen (makanan Turki) untuk beliau makan dan katanya sedap sangat. Bagi yang belum mencuba tu kena la cuba. Cuma penyediaannya agak lama sikit. Tapi sentiasa panas sebab dalam claypot. Perghhh…. jangan percaya. Pegi cuba dulu….

Ni la rupa Menemen. Makan dengan roti. Tapi ni bukan GH Corner punya. Ni anjang amik kat Embah Google.

Tuan Ariffin ni sangat Sangat mengkagumi YBhg Tuan Nasir dan YH Dato’ Lokman Hakim yang sangat baru beliau kenali. Menurutnya, beliau takut nak peluk Tuan PE walaupun teringin sangat.

Lepas makan tetamu berpeluang  ke Galeri, sebab Tuan Nasir memang hendak hadiahkan songkok Ikhwan kepadanya. 

Beliau memilih dua songkok dan satu dipakai terus lalu ke surau untuk solat Maghrib jamak takdim.

Walaupun perniagaannya maju dan mendapat pelbagai anugerah, MR.SOL kekal tawadhu’ dan sangat mesra. Ada juga cerita-cerita lucu darinya dengan slang Terengganunya yang pekat itu. 

Tuan Mokhtar tenggelam dalam pelukan…

Apabila pulang semula ke Perak, Allah tunaikan hajat Tuan Ariffin bila beliau berpeluang memeluk Tuan Nasir ketika ingin berpisah. Anjang tak pernah tengok (tengok video je hehehe) orang Melayu peluk Tuan Nasir bersungguh begitu kecuali di Turki dan Timur Tengah je. Kali ini, orang Ganu kite. Macam seorang anak berpeluk dengan ayahnya ketika hendak berpisah, nak tinggalkan anak di hostel. Tak tau la, apa di hatinya terhadap Tuan PE. 


Tuan PE sempat memberi nasihat dan panduan agar sentiasa menjaga sembahyang. Menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, barulah Allah kabulkan doa kita.

Ok… jumpa lagi.

Bilik atas Restoran Ikhwan Krubong

5.42pm, Okt 30, 2020

Untuk mengenali MR.SOL lebih dekat boleh layari web di link: https://lamangaharu.blogspot.com/2018/08/sejarah-mrsol-secret-of-love.html

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *