Perasmian Bot Laju GISBH Kelantan

Kongsikan kepada yang lain
Share


Sila klik untuk tonton video. Sila subscribe, share, like & komen video AM untuk kongsi info GISBH terkini.

Salam ceria.

Kota Bahru. Pagi ini, 22.11.2020 YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH Sdn Bhd telah merasmikan sebuah bot laju di perkarangan Vila GISBH Kelantan diiringi Pengarah GISBH Kelantan, Tuan Nik Hazani Nik Muhammad.

Bermula dengan beberapa orang RPU mengalunkan selawat lalu diikuti dengan simbolik perasmian di mana YBhg Tuan Nasiruddin memotong riben perasmian yang dilekatkan di badan bot tersebut.

Bot Capri Bayliner 2050 buatan USA ini dikuasakan dengan engin Mercury 200 hp 2 stroke, boleh membawa 6 orang penumpang termasuk Pilot atau maksimum berat 1000 pound. Ia boleh dipecut selaju 55 Knot. YBhg Tuan Nasiruddin menamakannya Samseddin Al Fateh. Ah Huat kata, bolehlah pergi bersarapan ke Pulau Perhentian dan balik semula ke tanah besar. Dia sendiri sewakan untuk ke Pulau Perhentian, pergi pagi balik petang dengan sewa RM2000.

Tujuan GISBH membeli bot ini ialah untuk melengkapkan Unit Maritim GISBH khasnya peringkat negeri Kelantan di mana para RPU berpeluang belajar mengendalikan dan menyelanggarakan sebuah bot secara praktikal. Apabila mahir, team ini akan diserapkan ke dalam team penyelamat RPU untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan seumpamanya sebagai khidmat masyarakat.

Moga segala usaha GISBH atas panduan para pimpinannya khasnya Tuan Nasiruddin Mohd Ali, diredhai Allah dan mendapat sokongan seluruh masyarakat.

B1, Hotel Ikhwan Kota Bahru

10.09am, Nov 22, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *