Perasmian Kapal Nelayan GISBH

{"source_sid":"01514C1C-5E84-4553-A621-2472BD27694F_1605760297792","subsource":"done_button","uid":"01514C1C-5E84-4553-A621-2472BD27694F_1605760288789","source":"other","origin":"unknown"}
Kongsikan kepada yang lain
Share


Salam ceria. 


Pagi tadi RPU bersilaturahim dengan beberapa agensi kerajaan dan mereka yang berkaitan dengan laut dengan mengadakan Perasmian Kapal Nelayan GISBH di Jeti Perikanan Tok Bali.

Mereka yang hadir ialah:

Sila klik video, subscribe, like dan share.
  1. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  2. Jabatan Perikanan Malaysia.
  3. Pasukan Polis Marin
  4. Persatuan Nelayan

Pengerusi majlis juga dari kalangan RPU dan anak jati Kelantan. Apabila dia kecek Klate je, kelihatan awak-awak yang berasal dari selatan Thai terus mengambil perhatian. Lebih dekat di hati mereka slang Kelantan. Bila cakap dalam BM fushah, nampak mereka macam ‘blur’ je. Hehehe.

Antara yang diperkatakan oleh pengerusi:

1. Kesusahan hidup para nelayan, GISB berusaha untuk mengkaji, memahami dan menghayatinya serta membuat pembelaan.

2. GISBH ingin bawa model Islam, agar berlaku sistem hidup Islam semasa berada di laut, iaitu sembahyang jemaah dan penjagaan syariat seperti menyediakan tandas yang patuh syariat.

En Omar dari Jabatan Perikanan pula dalam ucapannya berkata:

1. Tiada syarikat Melayu di Tok Bali ini yang benar-benar pergi ke laut dalam.

2. Syarikat-syarikat Melayu hanya ada bot-bot kecil sahaja.

3. Lesen-lesen untuk bot besar, banyak dipegang oleh orang asing. Katanya lepas ini, beliau hendak serahkan lesen-lesen kepada orang Melayu seperti GISBH.

4. Beliau rasa bangga dengan penglibatan GISBH, termasuk para RPU yg terlibat dengan aktiviti nelayan ini.

5. Beliau berjanji memberi kerjasama dan akan selesaikan apa-apa masalah jika GISBH hadapi.

Lebih menarik perhatian semua apabila RPU menasyidkan nasyid ‘NELAYAN MANUSIA YANG BERJASA’, terasa segala susah payah mereka dihargai oleh orang lain. Anjang dulu-dulu dengar lagu Suhaimi Mior Hassan… 🎶…Ombak Laut Cina Selatan adalah suara tangisanku….

🎶Ikan dan camar lebih mengerti tragedi hidup kami….

🎵🎶Laut ngeri di bulan Disember adakalanya lebih simpati….kerna mengambil diri dan melimpahkan rezeki…..

Mudah-mudahan akan terus ada kerjasama GISBH dengan semua pihak yang berkaitan agar usaha GISBH meneroka bidang nelayan atau perikanan ini terus menuju kejayaan dan nasib para nelayan dibela di semua sudut.

B1, Hotel Ikhwan Kota Bahru

4.09pm, Nov 19, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *