GISBH melawat MH Saujana, Langkawi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Apa khabar semua? GISBH adakan perjalanan di merata tempat untuk Silaturrahim. Ziarah, Dakwah dan Tijarah.

Di Langkawi Tuan PE GISBH dan para RPU melawat beberapa lokasi antaranya perusahaan bersumberkan gamat yang terkenal di sini.

GISBH berkenalan dengan pengusaha gamat En Mat Hazir Mahmud ketika Ekspo Halal di Sarajevo, Bosnia. Hari ini kami bertemu beliau di tanah kelahirannya Langkawi.Melalui syarikatnya, MH Saujana Enterprise, beliau memproses dan membekalkan ubatan-ubatan tradisional berasaskan gamat. Produk yang paling popular di hasilkan ialah Minyak Akar Seruntun. 

Dikatakan minyak ini dihasilkan daripada 210 jenis herba yang segar, di masak selama 21 hari dan di perap selama 1 minggu.  Keistimewaan minyak ini, boleh merawat pelbagai penyakit seperti kebas kaki tangan, patah tulang, terseliuh, terkena api atau air panas, luka-luka besar, sembelit, terkena gigitan serangga berbisa, alahan kulit dan lain-lain.

Terdapat banyak lagi produk yang dihasilkan oleh MH Saujana. Kita boleh lihat di web rasmi mereka.

Mudah-mudahan ada kerjasama antara Ikhwan atau GISBH dengan MH Saujana untuk hasilkan ubat-ubat tradisional yang mesra pengguna, mudah dibawa ke mana-mana dan mudah disimpan di kediaman dan kenderaan. Semuanya untuk memberi khidmat sesama manusia.

Ubat hanya sebab untuk kesembuhan. Yang menyembuhkan ialah Allah. Allah Kuasa Mutlak yang menyembuhkan. 

Firman Allah:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ 

 “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;Ash-Shu’ara: 80

Makan ubat atau tak, kalau Allah nak sembuhkan akan sembuh. Kalau makan ubat, lalu sembuh penyakit, kena yakin Allah yang sembuhkan, bukan ubat. Boleh syirik. Tapi tak ramai yang bersungguh-sungguh membetulkan cara berfikiran masyarakat yang begini. Yang pelik benda yang tak syirik dikata syirik seperti lambang capal, ziarah kubur malah dulu bergambar pun dikata syirik. Bila paspot pun kena ada gambar, di matawang kertas pun ada gambar terus berubah hukum. Tak syirik pulak. 

Kadang-kadang ubat yang serasi dengan seseorang, ubat yang sama tak serasi dengan orang lain. Begitu juga gamat ni. Selalunya sangat baik untuk luka-luka. Tapi ada masanya mungkin tak serasi.

Yang penting, Allah uji kita dengan penyakit untuk menghapuskan dosa-dosa kita jika sabar dan redha. Oleh itu kena rasakan kita mempunyai banyak dosa dan banyakkan taubat juga meminta ampun. 

Daripada Abu Sa’id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”Hadis diriwayatkan oleh Imam Bokhari, Muslim, At Tirmizi, Ahmad.

Berubat tetap kena usahakan. Usaha itu diberi pahala. Agar penyakit itu tidak sampai menghalang ibadah dan perjuangan seseorang. Tapi kena yakin dan rasakan, yang menyembuhkan bukan ubat, bukan kepakaran doktor tetapi Allah Taala.

Vila GISBH Manjung

8.11am, Dis 9, 2020

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: