PERSAMIAN-PERASMIAN KENDERAAN GISBH Pada 1hb Jan 2021

Kongsikan kepada yang lain
Share

PERSAMIAN-PERASMIAN KENDERAAN DI PPI GISBH, BCH DAN SAUJANA, RAWANG.

Salam ceria. Dengan izin Allah, Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH telah merasmikan 4 buah kenderaan di tarikh 1hb Jan 2021 di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes dan Saujana Teknologi Park, Rawang.

Moga-moga dengan bertambah banyak aset GISBH akan bertambah khidmat yang diberi di tengah masyarakat. Aamiin ya Allah.

PERASMIAN LORI 3 TAN

Perasmian LORI PENGEDARAN di bawah Jabatan Pemasaran GISBH. Ia dilengkapi lifter di belakangnya yang berkeupayaan mengangkat beban seberat 1.5 ton.

PERASMIAN FLOAT KUDA IKHWAN

Pada hari ini juga Tuan Nasir merasmikan sebuah Float Kuda, kenderaan khas untuk membawa kuda dari satu tempat ke tempat yang lain. Float ini boleh membawa dua ekor kuda dewasa. Untuk makluman semua, GISBH mempunyai 19 buah Stable di seluruh dunia dengan lebih dari 100 ekor kuda yang diternak.
1hb Jan 2021
PPI BCH Rawang.

PERASMIAN HILUX

Alhamdulillah, Allah izinkan di awal tahun 2021 ini, Jabatan Perkilangan GISBH membeli sebuah kenderaan 4WD Toyota Hilux dan telah dirasmikan oleh Tuan Nasir pagi tadi depan Kilang Tempe Ikhwan, Saujana Teknologi Park, Rawang.

Moga Islam kelihatan lebih wibawa dengan adanya kenderaan seperti ini.
Firman Allah:

‎وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.
Al-Anfal: 60

PERASMIAN FOOD TRUCK BAKERI IKHWAN

1hb Jan 2021 ni juga Tuan Nasir rasmikan Food Truck Ikhwan Bakery di Saujana Teknologi Park, Rawang untuk memberi khidmat makanan halal bersih, suci agar suci hati dan roh. Bukan kek, roti dan lain-lain produk yang menggunakan telur yang tak dibasuh atau gelatin yang tidak halal.

Vila GISBH Terengganu, Sg Ibai, KT.
11.36am, Jan 3, 2021

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: