Vila GISBH Terengganu

Kongsikan kepada yang lain
Share

Vila GISBH Terengganu

Dah 2 hari anjang sampai ke vila ni dengan Tuan Nasir rombongan. Kami 13 orang dari Bandar Ikhwan Country Homes Rawang. Singgah Bandar Ikhwan Temerloh dan terus ke sini. Gerak sebelum Zuhur, sampai sini rasanya jam 8 lebih malam. 

Sepanjang jalan khasnya dari Temerloh ke KT hujan. Di musim tengkujuh begini, berhenti di mana-mana samada R&R atau stesyen minyak semua penuh orang khasnya penunggang motosikal kerana berlindung dari hujan.

Akhirnya sampai juga. Vila 2 tingkat. 8 bilik. 11 bilik air. Halaman luas. Corner Lot. Tepi sungai. View dia, MasyaAllah, sangat cantik. Sewa RM8250 tapi apa-apa baik pulih kerosakan atas kita sebagai penyewa. Asalnya dia nak sewakan 13K. Musim Covid, siapa nak sewa 13K. Dia letakkan harga itu kerana selama ini dia jadikan Homestay yang boleh dapat sekitar RM30K setiap bulan. Covid ni 0 la. Mana ada orang sewa. 

Dataran belakangnya luas, boleh parking berpuluh buah kereta. Ada dua bangunan seperti wakaf yang boleh dijadikan dapur BBQ atau ruang minum santai. Satu di tengah dataran dan satu lagi di hujung sudut berhadapan dengan Sungai Ibai. Tarikan paling utama di sini adalah view sungai dengan rimbunan pokok nipah di tebingnya serta alunan arusnya yang pasang surut di simpang-simpang anak sungai yang kaya dengan ikan, udang dan ketam.

Moga dapat dikemaskan lagi agar lebih berwibawa dengan menambah jeti untuk memudahkan tambat bot Ikhwan. Tuan Nasir minta di pasang spot light hala ke halaman belakang. Di tanam setiap batas yang tersedia dengan cili, bayam dan kacang panjang supaya at least sayur sendiri tak perlu beli. 

Ruangan dalam pun Tuan Nasir susun dan rancang khasnya ruang VIP, susunan sofa, kedudukan skrin projektor dan pemisahan ruangan dapur dengan sliding door. Nampaknya Allah beri juga pada beliau kepakaran interior design. Moga Allah jayakan dan wibawakan seluruh penempatan atas nama Islam. 

Aamiin…

Vila GISBH Terengganu

8.30am, Jan 4, 2021

Dataran belakang vila berhadapan Sg Ibai

View dari hadapan
Jamuan sarapan pagi ini

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: