Pertemuan Dato’ Seri Aliff Syukri dengan Dato’ CEO GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pertemuan Dato’ Seri Aliff Syukri dan Dato’ CEO GISBH

06.01.2021
8.00PM
Lobi Sugeh Resort, Janda Baik.

YH Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman: “Cantik kereta!!”
YH Dato’ Lokman Hakim: “Kereta Dato’ lagi cantik…”

Seterusnya saling berkenal-kenalan dan berbual panjang

Dato’ Lokman sempat tayangkan profile GISBH, bercerita sejarah asal GISBH juga perkembangan terkini tentang kedatangan Tun M di Ikhwan Delight Sg Penchala.

Beliau sangat kagum dengan prestasi GISBH dan mengemukakan beberapa soalan seperti:

  1. Bagaimana GISBH boleh jadi sebesar ini? Ada bantuan dari Menteri ke?
  2. Macam mana ‘manage’ 5000 staf? Beliau ada 200 lebih staf pun susah nak manage.
  3. Seterusnya Dato’ Seri kongsikan yang beliau pernah singgah makan di Kafe Ikhwan Ipoh.
  4. Beliau berminat berminat untuk masukkan produk kosmetiknya di pasaraya Ikhwan.
  5. Sebelum beredar Dato’ Seri minta izin untuk berselfie dengan YH Dato’ Lokman Hakim.
  6. Beliau juga memberi nombor ‘hp’nya kepada YH Dato’ CEO GISBH sambil berkata, “Bolehlah whatsapp nanti banyak benda nak belajar dari GISBH…”

Begitulah hati manusia semuanya milik Allah, siapa sahaja Allah boleh jadikan jinak hatinya dengan kita atau sebaliknya. Allahlah sumbernya.
Firman Allah;

‎لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَ

Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allahlah yang menyatu-padukan di antara (hati) mereka.
Al-Anfal: 63

Marilah kita kuatkan hati dengan Allah, agar Allah bantu kita membawa hati manusia kepadaNya.

Otw ke rumah Bonda Tuan Nik Hazani
9.16am, Jan 7, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *