Tetamu Diraja Kluster Nelayan GISBH Tok Bali

Kongsikan kepada yang lain
Share

Nelayan Contoh
Salam ceria.
Umat Nabi Muhammad SAW sepatutnya adalah umat contoh kepada seluruh peringkat masyarakat sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai contoh teladan sekalian manusia.

Firman Allah;

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Aal-Imran: 110

Malam tadi, selama 3 jam anjang ‘join’ dengan pimpinan GISBH berbual dengan seorang yang sangat berusaha agar GISBH dijadikan ikon masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Korang baca betul-betul, bukan ikan tapi ‘ikon’. Ertinya jadi contoh teladan, ada orang kata jadi idola.

Bukan GISBH sahaja, bukan RPU sahaja malah seluruh orang Islam sepatutnya menjadi contoh ikutan seluruh manusia. Di dalam GISBH, Kluster Nelayan pun dididik agar menjadi contoh kepada seluruh lapisan masyarakat. Siapa sangka, ada kerabat diraja akan memasuki rumah nelayan GISBH?

Hari ini, dengan izin Allah, ketika Dato’ Sri Hisyammasri bin Badrol, Pengarah Sykt Legasi Sufi (M) Sdn Bhd. membawa Kapten Dato’ Tengku Ahmad Farizandean melawat kawasan jeti Tok Bali, Tengku berhajat untuk ke tandas lalu dipelawa ke rumah tetamu Nelayan GISBH yang terletak berdekatan dengan jeti.

Kapten Dato’ Tengku Ahmad Farizandean adalah sepupu Sultan Kelantan. Beliau bertugas sebagai juruterbang syarikat MAS.

Ketika ingin keluar dari rumah tetamu Nelayan GISBH setelah menunaikan hajat, beliau dipelawa untuk minum dahulu sebagai meraikan tetamu tetapi ditolak dengan baik kerana ingin segera bergerak.

Ketika keluar rumah, para RPU Kluster Nelayan GISBH sempat memberitanya, ini jadual hidup kami sambil menunjukkan kepada beliau jadual tugasan RPU di dinding. Tengku rasa teruja dan masuk semula ke dalam rumah, sambil bertanya seolah-olah tidak percaya;
“Ni nelayan ke?” (Maksudnya kamu semua betul-betul nelayan ke?)

Para nelayan GISBH menjawab, “Ya kami nelayan tapi bila tidak turun ke laut, kami susun tugasan masing-masing di rumah. Ada yang memasak, menghidang, mengemas, jaga malam dll.”

Tengku teruja;
“Baik, baik… bagus, bagus.”

Isteri tengku dan seorang lagi yang bersamanya pula sangat teruja dengan kebersihan rumah tetamu nelayan GISBH sambil bertanya;
“Di sini ada perempuan ke?” Bila dijawab tiada, dia sangat teruja;
“Tapi rumah ni sangat bersih, macam ada perempuan jaga…”

Begitulah bila Islam diamalkan sebagai cara hidup dalam seluruh aspek, maka secara automatik ia menjadi daya tarikan dan magnet kepada seluruh golongan manusia dari peringkat rakyat jelata hingga ke kerabat diraja.

Lebih-lebih lagi jika ibadah berjaya dihayati dan membuahkan akhlak pada diri, ia akan menjadi bunga diri, menjinakkan hati-hati manusia untuk tunduk kepada Allah Taala.

Para pimpinan GISBH akan teruskan agenda menghalusi ibadah dan akhlak serta memberi khidmat kepada seluruh lapisan masyarakat kerana memang itu tugas kita di dunia sebagai hamba dan khalifahNya, agar rahmat Allah turun kepada umat ini.

Walaupun hanya berkhidmat mengizinkan penggunaan tandas sahaja, Allah boleh izinkan, rahsia kehidupan yang sangat menjaga kebersihan dan jadual hidup yang teratur dan tersusun di dalam Kluster Nelayan GISBH telah menjadi daya tarikan tetamu untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Bilik 3, Vila GISBH Pusat
9.07pm, Jan 10, 2021

sila klik video ringkas

  • https://www anjangmuor com/2021/01/10/tetamu-diraja-kluster-nelayan-gisbh-tok-bali/ (12)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *