AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

TEST DRIVE BAS 2 TINGKAT GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

TEST DRIVE BAS 2 TINGKAT GISBH

Salam ceria.

Cita-cita untuk menyatukan umat Islam khasnya bangsa Melayu yang dicintai tak pernah luput dari fikiran dan hati pimpinan GISBH khasnya Tuan Nasiruddin Mohd Ali. Berbagai cara yang beliau lakukan untuk tujuan ini agar setiap individu atau kumpulan disatukan pada perkara yang boleh bersatu berlandaskan cinta Allah dan rindu Rasul.

Kalau boleh menambah ukhuwah melalui perniagaan, GISBH ajak bekerjasama dalam bisnes. Kalau boleh berkasih sayang melalui pertanian dan penternakan, kita kukuhkan perhubungan melaluinya. Kalau dengan sebab pengeluaran produk-produk kita boleh menjalin hubungan, kita teruskan di bidang itu. Kalau dengan sebab laut dan hasilnya kita berkawan, tambahkan mawaddah di situ. Pendek kata, apa sahaja yang menjadi sebab syiar Islam bertambah hebat, Islam kelihatan lebih berwibawa, Tuan Nasir akan fokuskan perkara tersebut.

Antara perkara yang paling beliau inginkan ialah mempertemukan bermacam-macam golongan dalam satu pertemuan yang mesra, santai, tanpa tekanan dan gangguan, sambil bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sambil membincangkan perkara-perkara penting untuk kebaikan umat Islam.

Sebab itu Tuan Nasir bersungguh-sungguh mempersiapkan bot mewah dan bas Double Dacker agar cita-citanya segera tercapai. Setelah melawat ke Melaka untuk melihat perkembangan terakhir pembinaan bot Ikhwan, Tuan Nasir pergi ke Syarikat bas SKS di Puchong untuk melihat test drive bas DD GISBH.

Kilang ini mempersiapkan tempahan-tempahan bas daripada syarikat-syarikat perkhidmatan bas awam dan pelancongan dengan berbagai brand body casis seperti Scania dan Man. Masuk sahaja dataran kilang ini kita akan melihat deretan bas yang banyak. Terus berjalan hingga berhadapan pintu masuk, kami dapat melihat bas GISBH yang telah 90% siap.

Tuan Nasir melihat keliling bahagian luar bas, depannya, dan belakangnya. Beliau membuka pintu bahagian engin dan melihat enginnya. Staf yang bertugas memberi penerangan tentang bateri di tempat penyimpanan barang dan tempat pengisian minyak. Secara umumnya apabila telah di cat dengan design dan logo GISBH, bas ini kelihatan sangat berwibawa. Dinding kiri dan kanan bas bertulis GISB (berwarna putih) TRAVEL & TOURS (berwarna biru). Warna asas bas ialah hijau dan jalur putih, hijau dan kelabu. Bumbungnya pula bertulis GISBH dengan saiz besar dan logo GISBH.

Di bumbung bahagian hadapan bas terdapat panel solar untuk bekalkan elektrik 24 jam di bas bagi menghidupkan peti ais 2 pintu dan soket pengecas hand phone.

Ketinggian bas ini ialah 4.2 meter manakala panjangnya 12.7 meter. Perlu kemahiran untuk memandu dan parking. Inilah satu-satunya bas keluaran SKS yang ada dua tangga ke tingkat atas. Satu di depan dan satu di belakang. Juga satu-satunya bas yang mereka buat dengan peti ais besar, 2 pintu. Boleh la letak ais krim Ikhwan perisa Tapai banyak-banyak. Perghhh.

Bas berkapasiti 28 penumpang ini mempunyai 3 ruang utama iaitu ruang mesyuarat bawah, ruang mesyuarat atas dan ruang penumpang seat eksklusif di atas.

Ruang mesyuarat di bawah terdapat sofa berhadapan. Di tengah-tengahnya terdapat sebuah meja kecil yang boleh dilaras. Di sini penumpang boleh bermesyuarat atau menikmati hidangan. Ia boleh menempatkan 7 orang penumpang. Di kiri pintu masuknya terletak rak untuk menyimpan kasut. Terdapat sebuah microwave dan Flask Instant Hot Water untuk penyediaan makanan di sebelah kanan dan sebuah tandas lengkap dengan shower berhadapan dengan pintu. Tandas ini mempunyai tingkap kecil dan sebuah exzos fan untuk digunakan bila perlu. 

Sofa untuk 7 penumpang ini di lengkapi dengan bantal untuk bersandar dan tali pinggang keledar setiap satu. Ada sebuah smart TV untuk melayari internet dan bermesyuarat melalui aplikasi Skype, Zoom dll juga berhubung dengan penumpang di atas. Bas ini dilengkapi dengan mikrofon dan sound sistem untuk taklimat atau berhubung dengan penumpang di tingkat atas. Di hujung sofa terdapat ‘lengan’ untuk merehatkan tangan yang punyai lubang untuk meletakkan gelas minuman dan USB untuk cas Hp. USB biasa ya, bukan type C, hehehe.

Di hujung sofa menghala ke lorong menuju kawasan pemandu terdapat sebuah peti ais besar 2 pintu. MasyaAllah…. Rasa malas nak describe bas ni sampai tingkat atas. Korang naik sendiri la nanti. BTW, gear untuk menukar kelajuan bas hanya seperti pemutar di mesin basuh. Bas dulu-dulu besi panjang bertombol di atasnya. Perghhh. Simple habis. 

Tingkat atas terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian belakang mempunyai seat set sofa untuk mesyuarat dengan sebuah meja di tengahnya sama seperti di bawah tetapi ia boleh menempatkan 13 orang penumpang kerana lebih luas dan berbentuk U. Ada sebuah TV di sini dan jangan bimbang, air cond cover semua ruang InsyaAllah. Mesyuarat boleh dibuat dengan selesa tanpa gangguan kerana akan dibuat sebuah pintu memisahkan dengan bahagian hadapan.

Di bahagian hadapan pula seat di susun seperti bas biasa tetapi bukan biasa-biasa. Hanya 3 kerusi setiap baris menjadikannya sangat selesa dan total penumpang bahagian ini seramai 17 orang. Seatnya boleh dilaraskan untuk berbaring, mempunyai tempat letak kaki dan tambahan yang terjulur menampung betis kita ketika berbaring. Apa nama ntah, anjang lupa. Yang penting setiap seat ada logo GISBH. Nampak smart. Sebuah TV juga terdapat di sini dan peralatan sound sistem untuk bantuan semasa diadakan sesuatu program. Ada juga singki kecil di belakang seat paling belakang bahagian ini.

Setelah melihat semua ruang bas dan mendapat penerangan, kami dibawa Test Drive sekitar kawasan itu. Alhamdulillah ia sangat selesa dan meyakinkan. Cuma yang duduk atas khasnya bahagian depan terasa macam nak tunduk-tunduk bila lalu bawah wayar letrik kerana macam nak kena… hehehe.

Nampak tak bagaimana gambaran bas ni? Tengok video untuk lebih jelas. Jangan lupa subscribe, like dan share. Ok anjang nak rehat.

Vila GISBH Pusat, Rawang.

4.18 PM, Mac 4, 2021

P/s Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan ulangtahun kelahiran dan mereka yang bermurah hati mendoakan diri ini. Tahun Masihi anjang berumur 51 tahun. Tahun Hijri, nanti bulan Zulhijjah (Ogos) anjang berusia 53 tahun. Boleh sambut sekali lagi. 😀.

  • https://www anjangmuor com/2021/03/04/test-drive-bas-2-tingkat-gisbh/ (3)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *