Melawat Kelong Abang Ghani, Penang

Kongsikan kepada yang lain
Share

Melawat Kelong Abang Ghani, Penang

Salam ceria.

Remaja adalah aset negara. Menjadi tanggung jawab kita untuk membentuk mereka menjadi aset. Kanak-kanak dan remaja bukan liabiliti tapi aset pada ibu bapanya, kepada keluarganya, kepada masyarakat, bangsa dan negara. 

Walaubagaimanapun ia bergantung kepada sejauh mana pendidikan kita. Pendidikan itu melibatkan banyak pihak iaitu ibu bapa atau penjaganya sendiri, guru-gurunya, masyarakat sekelilingnya, para pemimpin juga kawan-kawannya sendiri. Semua pihak ini boleh memberi kesan kepada peribadi anak tersebut.

Mereka hendaklah dikenalkan kepada Allah agar cinta dan takutkan-Nya. Seterusnya menghambakan diri sehamba-hambanya kepada Allah. Dorongan rasa hamba dalam diri itu mengerakkannya untuk memberi khidmat kepada seluruh manusia. Ia memerlukan ilmu, panduan, teguran yang berterusan serta latihan demi latihan. Itulah yang dilakukan oleh Tuan Nasir dan para pimpinan GISBH.

Sebab itu bila berlaku kejadian kemalangan di Sungai Lebam (klik di sini) yang hampir meragut nyawa enam orang dan diselamatkan oleh RPU dari Maritim GISBH, ia memang telah dijangkakan. Ertinya Tuan Nasir telah memberitahu awal apa sepatutnya persiapan para remaja untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Dulu masa anjang kecik, biasanya remaja yang menyelamatkan nyawa orang lain diberi pingat. Pingat Hang Tuah. Pingat Hang Tuah dianugerahkan khas bagi mengenang jasa dan keberanian kanak-kanak. Anugerah pertama pingat ini telah diberikan kepada Mohd Nor bin Osman yang berasal dari Terengganu pada 22 Oktober 1960. Beliau telah menerima Pingat Hang Tuah daripada D.Y.M. Yang DiPertuan Agong pertama dan mendapat gelaran Pahlawan Negara kerana keberaniannya menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam kejadian pertama, Mohd Nor telah menyelamatkan seorang budak lelaki berusia dua tahun yang hampir lemas di Sungai Losong Feri, Kuala Terengganu. Dalam kejadian kedua, beliau telah menyelamatkan seorang budak perempuan.

Pingat Hang Tuah ketiga telah dianugerahkan kepada Rusnah bt. Aksah yang berasal dari Pahang kerana keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak cina berusia tiga tahun yang hampir lemas di Sungai Semenyih, Selangor pada 24 Februari 1961. Beliau merupakan penerima tunggal kanak-kanak perempuan untuk Pingat Hang Tuah ini. Penganugerahan Pingat Hang Tuah yang dimulakan pada tahun 1960 atas daya usaha Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) telah diberhentikan pada tahun 1978.

Antara kriteria perlu dipenuhi calon termasuk kanak-kanak lelaki atau perempuan warga negara Malaysia di bawah usia 18 tahun, pernah melakukan tindakan yang mempunyai elemen keberanian luar biasa termasuk menyelamatkan nyawa manusia atau harta benda sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.

Mereka yang dicalonkan juga tidak boleh memiliki rekod jenayah atau pernah terbabit dalam sebarang kes akhlak atau moral.

Bukanlah remaja GISBH dididik untuk mengejar pingat dan pangkat tetapi dididik untuk memberi perkhidmatan tanpa meminta balasan. Cuma anjang rasa mereka memang layak menerima anugerah tersebut kalau belum berumur 18 tahun. 

Kembali kepada program Anjang baru-baru ini iaitu ikut Tuan Nasir dan para RPU menziarahi Kelong Ternakan Ikan dalam sangkar kepunyaan Abang Ghani di Pulau Pinang. Ia merupakan latihan dan tambahan pengalaman kepada para RPU dan kami semua.

Kami pergi menaiki 3 buah bot. Sebuah bot GISBH yang diberi nama Semenchu Baba dan menyewa dua buah bot lagi memandangkan jumlah kami yang ramai.

Pengusaha ternakan ikan dalam sangkar di sini seramai 62 orang. Malangnya, pengusaha Melayu Islam hanya 2 orang sahaja. Bakinya orang bukan Islam. Ini tanah air kita. Tanah kita. Air kita. Asalnya begitulah. Tanah Melayu. Tapi akhirnya, orang lain yang dapat khazanahnya. Kita hidup miskin merempat.

Kos membina kelong sangat besar. Ia menggunakan kayu cengal batu yang sangat mahal harganya. Antaranya sekeping papan yang panjang dan tebal berharga RM1200. Sekeping tuuu.  Mahal giler.

Setiap 12 hari, jaring itu perlu dicuci sebab telah mula berlumut dan dipenuhi teritip. Jika ia tidak dicuci, ia akan bertambah berat dan akhirnya akan pecah yang menyebabkan ikan yang diternak akan terlepas.

Antara ikan yang diternak ialah:

  1. Ikan Merah
  2. Kerapu
  3. Nyok-nyok
  4. Jenahak
  5. Bawal Emas

Modal awal Abang Ghani adalah sebanyak RM1.5 juta dan kena prepare sebanyak RM500K lagi setiap bulan untuk makanan ikan. Malangnya makanan tersebut terpaksa diimport dari Vietnam yang memerlukan kos yang tinggi.

Setelah mendengar maklumat dan pengalaman dari Abang Ghani yang sangat mesra, kami dibawa melawat sekitar kelong tersebut sambil melihat beliau memberi ikan makan. Yang paling menarik ialah memberi makan atau memanggil seekor ikan kerapu besar seberat 50 kg.

GISBH bercita-cita untuk membangunkan kelong ikan di sini tak lama lagi InsyaAllah. Setelah melawat seluruh Kelong, kami beransur meninggalkan Kelong abang Ghani menuju ke Pulau Aman. Moga-moga para RPU dan kami semua dapat memasuki zon Berjiwa dan Menjiwai untuk menanggung beban perjuangan yang semakin banyak kini. Aamiin…

Vila GISBH Kelantan, Kota Bharu.

9.37 pm, Mac 17, 2021

  • https://www anjangmuor com/2021/03/17/melawat-kelong-abang-ghani-penang/ (5)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: