Pertemuan GISBH dengan PPK Beranang

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pertemuan GISBH dengan PPK Beranang

Salam ceria.
2 hari lepas anjang berpeluang ikut pertemuan pimpinan GISBH dengan beberapa orang wakil dari PPK Beranang, Selangor. Mereka adalah:

  1. En Asmadi, mengusahakan tanaman terung.
  2. En Kamaruzzaman, menanam cili poly bag.
  3. En Hanif, menanam kelapa.

GISBH diwakili oleh:

  1. Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif.
  2. YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO.
  3. Tuan Hasnan Abd Hamid, COO.
  4. En Abdul Wahab, Pengurus Jabatan Pertanian GISBH.
    Juga disertai beberapa orang lagi daripada GISBH.

Pertemuan ramah mesra ini diadakan di Presint 16, Vila GISBH Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Dalam pertemuan ini En Hanif memperkenalkan setiap yang datang dan menyatakan tujuan pertemuan itu diadakan iaitu berkenal-kenalan dan mengkaji peluang kerjasama yang boleh dilakukan di antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beranang dengan GISBH.

PPK Beranang mempunyai 100 orang ahli yang mengusahakan pertanian di tanah masing-masing. Antara masalah yang mereka hadapi ialah tidak dapat memasarkan hasil pertanian yang telah diusahakan.

QISBH pula mempunyai 11 buah rangkaian Ikhwan Mart di sekitar Lembah Kelang dan kawasan tengah bersedia membantu membeli hasil tanaman mereka dan memasarkannya di premis GISBH. Pusat pengumpulan hasil laut dan sayur-sayuran GISBH sekarang terletak di Selayang Baru.

Di samping itu GISBH juga mempunyai tanah pertanian yang di sewa di Selangor Fruit Valley seluas 25 ekar. Di situ terdapat tanaman sayur junjung, pelbagai jenis ulam, pisang, nanas malah yang terkini cincau.

Antara yang menarik minat En Asmadi ialah usaha-usaha GISBH mengeluarkan taugeh tanpa bahan kimia untuk menggemukkannya. Ia lebih selamat dimakan dan dijamin bersih dan suci.

Tetamu dijamu dengan mi goreng mamak, nasi lemak Ikhwan dan kuih koci yang disediakan oleh restoran Ikhwan juga minuman air rocin iaitu Rozel + Cincau ais Ikhwan.

Pertemuan mesra ini diakhiri dengan pemberian hamper barang-barang keluaran GISB kepada para tetamu. InsyaAllah akan disusun kunjungan para tetamu ke Pusat Pertanian GISBH di Selangor Fruit Valley dan Pusat Perniaagaan Ikhwan Bandar Country Homes Rawang. Moga dengan berkasih sayang sesama manusia kerana Allah, Allah akan turunkan rahmat dan berkatnya sebanyak-banyaknya untuk seluruh umat Islam.

Vila GISBH Pusat
12.23 am, Apr 1, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *