GISBH Model Ekonomi Islam

Kongsikan kepada yang lain
Share

Mingguan Malaysia 2 Mei 2021

JEJAK ULAMA 

Oleh FAHMI FAIZ 

EKONOMI merupakan antara teras utama kenegaraan, yang mana kepentingannya diakui bukan sahaja oleh agama Islam, malah juga orientalis Barat yang berkiblatkan kapitalisme. 

Buktinya, teoi-teori asas ekonomi di sekolah dan universiti sering mengangkat idea orientalis silam seperti Adam Smith, Alfred Marshall dan Lionel Robbin, sekadar menyebut beberapa nama. 

Persoalannya, bagaimana pula dalam konteks Islam? 

Sejauh mana Islam mengangkat perbincangan bab ini, dan apakah wujud sebarang model ekonomi Islam yang boleh dikuti pada zaman yang pasca moden yang serba mencabar ini? 

Mingguan Malaysia mendapatkan pandangan Ketua Pegawai Operasi (COO) GISB Holdings, Hasnan Abdul Hamid, 50 yang bertanggungjawab menguruskan rangkaian perniagaan konglomerat itu, yang kini berjaya mengembangkan sayap bisnes ke seluruh dunia. 

MAKSUD 

Hasnan berkata, dalam konteks sama, ekonomi Islam adalah ekonomi yang bersamanya ada Allah dan Rasul, yang mana seluruh perlaksanaannya adalah mengikut syariat Islam. 

“Ekonomi Islam tidak melibatkan riba, kerana telah jelas Allah SWT mengharamkan tiba. la bermatlamatkan akhirat yang dilaksanakan bersama sifat-sifat takwa”.

“Bercakap mengenainya, di dalamnya ada sifat-sifat sabar, bertimbang rasa, adil, berkasih sayang, saling memaafkan dan segala sifat yang dituntut agama,” katanya. 

Beliau berkata, ekonomi Islam adalah berasaskan konsep untuk memberikan khidmat kepada masyarakat, bukan bermatlamatkan keuntungan semata-mata. 

“Dengan pelaksanaan ekonomi yang mengikut syariat dan berkonsepkan memberi khidmat kepada masyarakat, ia akan melahirkan satu masyarakat yang berkasih sayang”. 

“Tiada berlaku tindas menindas sesama pembekal, peniaga ataupun pembeli. Ini lebih utama daripada mendapat keuntungan tetapi kehilangan kasih sayang sesama manusia,” katanya. 

Beliau berkata, dalam Islam, ekonomi adalah kekuatan tambahan yang utama kepada agama, selepas kekuatan iman, ukhwah dan keselarasan. 

“Kita melihat sistem ekonomi bukan Islam sangat menguasai dunia hari ini, sedangkan ia membawa kesan sampingan yang buruk. Berlaku berbagai-bagai masalah seperti penindasan, penzaliman, penipuan, rasuah, jurang yang sangat besar antara yang kaya dan yang miskin serta hilang kasih sayang sesama manusia. Ini akhirnya menyebabkan manusia tidak bahagia hidup di dunia ini”.

“Ekonomi Islam itu datangnya dari Allah SWT, jika ia benar-benar dilaksanakan dengan tepat, akan dapat menghilangkan masalah- masalah yang disebut di atas sewaktu kehidupan kita di dunia dan memberi keselamatan di akhirat”.

‘Hakikat terpenting ekonomi Islam perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan keperluan fardhu kifayah di sesuatu tempat,” katanya.

Memberi contoh beliau berkata, jika di sesuatu daerah itu sukar mendapatkan daging halal, maka menjadi fardu kifayah bagi umat Islam di daerah itu untuk mengusahakannya. 

Berbicara soal model ekonomi yang digerakkan pihaknya, Hasnan berkata, antara asas adalah berlandaskan kepada kekuatan iman, ukhwah dan keselarasan. 

“Seluruh staf syarikat sentiasa dibina insaniah mereka untuk menjadi manusia yang takut kepada Allah dan rindukan Rasulullah SAW”.

“Daripada keimanan yang kuat ini akan melahirkan akhlak mulia, yang memudahkan mereka untuk berukhwah dan berkasih sayang”.

“la seterusnya diselaraskan dalam cara berfikir, berperasaan dan bertindak. Segala kehidupan dikorbankan untuk mendapat redha Allah dan kebaikan di akhirat. Dengan kekuatan inilah kami dapat terus berkembang kini bukan sahaja di dalam negara malah di 16 negara di serata dunia,” katanya.

KEJAYAAN GISB HOLDINGS

Penglibatan dalam dan luar negara: 

• Perak International Expo 2019 – sebagai rakan strategik 

• Silver Sponsor di Sarajevo Halal Fair 2018. 

• Gold Sponsor di Sarajevo Halal Fair 2019. 

• Silver Sponsor di OIC Halal Expo 2019 

• Platinum Sponsor di MIHAS 2020 

• World Halal Day Samara Russia 2019 – sebagai rakan usahasama bersama International Association of IsIamic Business (IAIB Russia) 

• Program Rakan Jelajah RISDA 2019- sebagai rakan strategik. 

Anugerah yang Diterima: 

• Leading International Halal Award-Sarajevo Halal Fair 2019. 

• Best International Halal Restaurant Chain 2019 – Malaysia Tourism Council (MTO 2019 

• Malaysia Top Achievers dalam katagori “Entrepreneur of the year 2019- Leaders Online

  • hasnan abdul hamid (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: