MELAWAT SAUDI PACKAGING FACTORY

Kongsikan kepada yang lain
Share

MELAWAT SAUDI PACKAGING FACTORY 

Salam ceria.

Lepas ziarah kilang Zahratus Syie, kami pergi ke kilang plastik Printopack, Saudi Modern Packaging Factory. Asalnya nak jumpa kawan. Seorang Yameni yang tunjukkan kami kilang untuk buat kotak rozel. Namanya Abdullah. Dia sangat ingin bertemu Tuan Nasir. Selama ni dia berurusan dengan En Ikrimah dan Tuan Abil je.

Bila sampai di gate kilang, nampaknya gambar produk kilang ni. Rupanya kilang ni print label atau cover di botol atau bekas makanan juga plastik pembungkus apa-apa produk. 

Belum sempat buka tingkap GMC, Abdullah dah meluru ke tepi kenderaan  hendak bersalaman dengan Tuan Nasir. Wajahnya nampak sangat gembira dan bahagia dapat bertemu kawan-kawan yang dah setahun tak bertemu. Dia bersungguh-sungguh mengajak Tuan Nasir turun melawat kilang tempat dia bertugas malah mengatakan semua kami mesti berbuka di rumahnya petang itu juga.

Ajaib sunggguh, selama ini dia membantu RPU Haramain berkaitan kotak rozel Ikhwan, tak minta sesen pun. Terpisah setahun kerana covid, tak pernah bertemu Tuan Nasir, tapi sangat terhubung hati dengan Tuan Nasir dan bersungguh-sungguh mempelawa Tuan Nasir berbuka di rumahnya.

Kami mengikutinya masuk perkarangan kilang melalui pondok pengawal. Macam biasa la, new normal, kena scan suhu. Selepas itu kami memasuki building kilang yang besar. Abdullah membawa kami ke tingkat 2 terus ke biliknya. Rupanya dia adalah Pengurus Pemasaran. Dalam biliknya terdapat banyak sample-sample label atau plastik produk dari pelbagai syarikat yang ditempah di kilangnya.

Kilangnya menerima tempahan bukan dari syarikat dalam negeri sahaja atau dari Timur Tengah sahaja tetapi dari 35 buah negara. Banyak tuuu. Abdullah bersungguh-sungguh bercerita dengan muka yang ceria gembira.

Kemudian dia mempelawa kami ke meeting room. Di situ ada sebuah meja panjang dan kerusi, sebuah smart tv kira-kira 72” dan beberapa rak display sample hasil kerja kilang itu. Dari tingkap meeting room, Abdullah tunjukkan operasi sedang berjalan di bawah dengan sejumlah mesin-mesin print yang besar gedabak dan pekerja yang sibuk bertugas.

Tak lama lepas tu masuk seorang pemuda Arab Saudi yang kacak berjubah putih dan igal Saudi yang diperkenalkan sebagai Mus’ab. Dia adalah GM syarikat itu. Setelah rancak berbual-bual, kami ajak mereka menonton profile GISBH. Oleh kerana tv mereka boleh terus akses internet, kami terus minta taipkan profile GISBH dan pilih yang berbahasa Arab. Abdullah dan Mus’ab sangat memberi penumpuan dan akhirnya dapat gambaran syarikat GISBH secara menyeluruh.

Abdullah kata, yang paling besar dalam syarikat ini, bagaimana poligami boleh di praktikkan. Perbincangan diteruskan dengan cadangan GISBH untuk membuka kilang air dan mi segera di Saudi. Oleh kerana kilang mereka menjadi tumpuan semua kilang-kilang yang lain untuk menempah label dan plastik pembungkusan, mereka sangat tahu produk apa yang boleh jalan di musim covid ni. 

Menurut mereka, pasaran Saudi sekarang sedang merudum sangat kecuali air dan jus tetap mendapat sambutan. Mungkin cuaca panas dengan suhu mendekati 40°C membuatkan semua orang masih membeli air minuman, jus dan air gas seperti biasa. Cadangan Mus’ab, GISBH menumpang kilangkan produk air GISBH di kilang lain dahulu kemudian setelah ada pelanggan tetap dan kuasai sebahagian pasaran, barulah beli mesin sendiri dan set up kilang GISBH di Saudi.

Selepas Mus’ab memberi bisnes kadnya, kami turun ke bawah untuk melawat kilang dibawa oleh Abdullah. Tak pernah kami melawat kilang printing sebesar ini. Ia mendapat tempahan kerja dari 35 buah negara! Banyak tu!!! Mesin pertama yang kami lihat, Abdullah maklumkan, kelajuannya 400km/jam. Anjang pun tak faham, tang mana lajunya. Lebih laju dari keretapi laju Mekah-Madinah.

Ada satu mesin lagi, buatan Jerman, ada 2 buah sahaja di dunia. Satu di AS dan satu di Saudi. Info ini dari Abdullah. Harga dia, 5 juta Euro. Mahal giler. Kelajuan dia, 650km/jam, perghhh. Kalau di Malaysia, tak boleh bawa pelanggan masuk sampai boleh tengok semua peralatan.

Setelah selesai melawat kilang, kami beransur pulang. Banyak kami belajar hari ini.

Bilik 6, Vila GISBH Mekah

10.41 PM, Mei 6, 2021

sila klik untuk tonton video

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *