Malam Ramadan bersama Kluster Gaharu Ikhwan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Malam Ramadan di Kluster Gaharu Ikhwan

Salam ceria.

Salam akhir Ramadan. Apa kabo semua? Anjang sihat. Badan ok. Gusi pulak bengkak. Dua-dua belah pulak tu. Raya ni banyak hidangan sedap-sedap, tak dapat nak nikmati sangat la bila sakit gigi macam ni. Tuan Nik, Ibu Zura, En Norman, En Attirillah dan En Abeed dah sampai. Lemang Dino pun dah sampai. Kalau sihat dapat la menjamahnya pagi raya. Sampai juga lemang dari Melaka ke Tanah Suci Mekah di musim Covid ni. Satu keajaiban.

Anjang nak tidur dah ni tapi nak kongsi video suasana di penempatan Kluster Gaharu yang sangat menarik. Anjang dah beberapa kali pergi ke sana, dari mula diteroka hingga ada penempatan dengan bekalan letrik dan jeti yang sedang disiapkan serta kelong ikan.

Ketika itu YBhg Tuan Nasir minta para RPU siapkan ruang untuk bersolat tarawih di depan penginapan mereka menganjur ke sungai. “Nanti kita berterawih beramai-ramai di sini.” Ujar Tuan Nasir. Anjang dah terbayang indahnya solat tarawih berjemaah dengan laungan selawat yang sahut menyahut dengan nyaring tanpa gangguan di tengah hutan di tebing sungai ini. Lepas tarawih boleh menjamu selera sambil berbual-bual di tiup angin sepoi-sepoi bahasa dari arah sungai sambil melihat langit Ramadan yang dihiasi bintang. Aaah semua itu hanya lamunan…

Hakikat yang berlaku, anjang dah berada di Haramain bersama rombongan Tuan Nasir sejak 1 Ramadan dan ini malam terakhir Ramadan. Sekejapnya masa berlalu. Moga Allah ampunkan dosa-dosa tidak menghargai Ramadan yang mulia ini.

Di Kluster Gaharu ini, mereka adakan majlis berbuka puasa dengan team KSUZ. Nampak meriah sungguh. Kata Tok Ipin, ada satu kekurangan iaitu tiada Tuan Nasir bersama… Ya Tok Ipin tak nampak, sebenarnya Tuan Nasir ada. Kalau Tuan Nasir tak ada, ada ke penempatan tu? Ada ke jeti kayu dan bot nelayan. Ada ke Kluster Gaharu dan RPU di situ? Ada ke Majlis semeriah itu? Tentu tiada.

Semoga semua hati kita meriah dengan rasa-rasa kehambaan di akhir Ramadan ini. Moga Allah pandang yang akhir ini. Kalau mati, yang penting akhirnya husnul khatimah. Begitulah kita harap akhir Ramadan ini, Allah terima amalan kita, kabulkan doa dan permintaan kita, tunaikan hajat-hajat kita. Ampun Ya Allah.

Bilik 6, Vila GISBH Mekah

11.52 PM, Mei 12, 2021

sila klik. Jangan lupa subscribe, like dan komen.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *