TOYOTA INNOVA 2.8 DIESEL KENDERAAN BARU GISBH HARAMAIN

Kongsikan kepada yang lain
Share

TOYOTA INNOVA 2.8 DIESEL
KENDERAAN BARU GISBH HARAMAIN

  1. GISBH Haramain membeli kenderaan baru iaitu sebuah kereta Toyota Innova 8 tempat duduk.
  2. Toyota Innova 2021 ini digerakkan oleh kapasiti engin Diesel 2.8 Turbo CC. Oleh itu ia amat menjimatkan kerana minyak diesel masih sangat murah dibanding petrol di Saudi.
  3. Harga 1 liter Diesel di Saudi sekarang sebanyak 0.52 Riyal manakala harga Petrol RON 91 sebanyak 1.99 Riyal per liter dan Petrol RON 95 pula sebanyak 2.13 Riyal/L. Di Malaysia ada RON 97 dan Power Racing. Sini tarak…
  4. Biasa isi full tank GMC sebanyak 120 Riyal tetapi Innova ini full tank cuma 28 Riyal. Pergi balik Riyadh hanya 2 kali isi minyak, tak sampai 60 Riyal. Jimat giler.
  5. Tapi tentu tak sama keselesaan penumpang di antara GMC dengan Innova. Lebih-lebih lagi kewibawaan dan keterampilan.
  6. Untuk menjadi kenderaan pengiring ia sangat sesuai tetapi tidak ketika mengadakan ‘deal’ perniagaan atau menghadiri majlis rasmi di zaman majoriti manusia memandang زينة الحياة الدنيا
  7. Innova ini boleh dipecut maksimum selaju 170km (Kalau korang banyak duit la nak bayar saman 300-600-1000 Riyal) dengan penjimatan Fuel Economy (L/100 Km) 10.8.
  8. Moga dengan khidmat Innova ini dapat membantu kerja-kerja perjuangan GISBH yang semakin bertambah banyak di Saudi ini.

Depan Restoran Dana Pani
8.41am, Jun 9, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *