MELAWAT SATU LAGI RESTORAN DI ZAHIRAH, MEKAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

MELAWAT SATU LAGI RESTORAN DI ZAHIRAH, MEKAH

1. YDH Tuan Nasir, Dato’ Lokman dan pimpinan GISBH masih menilai beberapa premis di sekitar Mekah ini untuk dipilih sebagai restoran pertama GISBH di musim Covid-19 ini.

2. Pagi ini, permulaan perjalanan kami ke Jeddah, rombongan singgah melawat sebuah restoran di Haiyyu Az-Zaher sebelah Kompleks Kesihatan Az-Zaher, Mekah.

3. Jualan restoran ini sebelum Covid dari 3000-10,000 Riyal Saudi sehari tetapi terpaksa ditutup bermula dari lock down tahun lepas.

4. Seperti kebanyakan restoran di Saudi, tingkat bawah untuk orang ambil order dan terdapat beberapa meja untuk pelanggan perseorangan dan mereka yang menunggu take away.

5. Dapurnya lengkap dan ikut spec Majlis Bandaraya Mekah iaitu dengan cermin transparent yang boleh dilihat oleh pelanggan. Ada tempat BBQ, ruang persiapan barang masakan dan tempat simpanan barang kering dengan sebuah pintu untuk akses dari belakang.

6. Di seberang jalan melalui pintu belakang pula ada sebuah premis yang dijadikan stor lengkap dengan freezer dll juga tandas. Ia boleh diubah suai sebagai tempat persalinan pekerja juga musolla.

7. Di dapur juga terdapat lift khas untuk membawa makanan siap ke tingkat atas dan pinggan mangkuk turun.

8. Di tingkat atas terdapat beberapa bahagian iaitu tempat menyiapkan air berhadapan tangga dan bahagian hadapan menghala ke view jalan besar pula terdapat ruang permainan kanak-kanak yang dilengkapi dengan buaian, gelonsor dan jongkang jongkit. Semuanya kecil comel-comel. Jangan korang semangat nak main pulak!

9. Juga terdapat ruang-ruang untuk makan berkumpulan, di Saudi di sebut bilik Aielah (keluarga). Ada ruang untuk 4 orang, ada untuk 6 orang . 

10. Pemiliknya pernah ke Malaysia dua kali dan memberi tawaran harga yang berpatutan. 

11. Ia sangat berpotensi kerana sangat tidak jauh dari Masjidil Haram dan berdekatan dengan penempatan nurse dan pekerja hospital warga Filipina dan Indonesia.

OTW Jeddah

9.24am, Jun 9, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *