JEDDAH – ATTAR ABU AHMAD DAN RESTORAN PAKISTAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

JEDDAH – ATTAR ABU AHMAD DAN RESTORAN PAKISTAN

Hari ini seawal jam 6 pagi kami bersidang dengan team SUZ. Banyak laporan yang dikongsi khasnya berkaitan insaniah dan tugasan SUZ atau Setiausaha Zon dalam GISBH satu dunia. Aplikasi Skype sekarang boleh ramai yang keluar di skrin, mungkin zoom lebih ramai. Antara yang dilaporkan ialah penerimaan masyarakat terhadap program Dapur Prihatin Bersama oleh GISBH.

Selepas sarapan dalam jam 11 lebih kami ke Jeddah untuk bertemu Syeikh Khalid berkaitan attar yang ditempah. Tuan Nasir tak pergi kali ini. Syeikh Khalid ni pandai bisnes minyak wangi. Kali ni dia keluarkan lagi jenis-jenis minyak wangi yang sedap-sedap. Aduuhh. Banyak lagi minyak wangi dia yang best-best. Sampai-sampai di tingkat 21, tengah bandar lama Jeddah bertemu Abu Khalid, terus baca doa makan. Makan kacang, kismis dan halawiyat. Order air Syie Karak sambil memilih haruman tambahan yang nak diambil.


Pastu kami solat Zuhur di surau pejabat mereka dan sambung bincang untuk ketetapan akhir. Setelah selesai, kami bersalaman dengan Abu Ahmad (Syeikh Khalid) kami beransur pulang.

Tadi Abu Ahmad tanya anjang, hafal Quran tak? Anjang seloroh, hafal Qul Huwallah 3 kali. Hehehe. Dia mulalah buka cerita. Katanya di Mesir, ada 3 pemuda datang ke sebuah masjid, imam masjid itu pula suka menguji orang. Dia bertanya kepada pemuda yang pertama; siapa nama kamu? Muhammad. Cuba baca surah Muhammad. Pemuda itu hafaz dan baca sampai selesai.

Imam tu tanya pemuda kedua, siapa nama kamu? Yasin. Cuba baca surah Yasin. Pemuda tu memang hafal surah Yasin lalu membacanya sampai habis. Pemuda ketiga dah risau. Imam itu bertanya; nama kamu pula siapa? Korang tau siapa nama dia? Nama dia Imran, dia ketakutan sebab manalah dia hafal surah Aal Imran yang panjang tu.

Dia pun jawab; Nama saya Imran tapi dalam keluarga mereka panggil saya Kauthar. Hahaha…
Kira nak baca surah Al Kauthar je tu…

Sebelum balik ke Mekah, kami singgah makan di sebuah restoran masakan Pakistan. Bukan masakan je Pakistan wala tapi deco dalam pun siap dengan kerusi-kerusi style Pakistan, ada kepala rickshaw dengan background bandar Karachi, ada model lori Pakistan yang berhias bagai, ada bakul-bakul anyaman Pakistan berwarna terang dll. Makan pun best. Sampai Vila Mekah dah dekat jam 6 PM.

Vila GISBH Mekah
6.37pm, Jul 13, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *