TUAN MOHD RASIDI DALAM KENANGAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

TUAN MOHD RASIDI DALAM KENANGAN


Salam ceria.

Tuan Mohd Rasidi Abdullah adalah seorang pemimpin yang dikasihi ramai. Sifat tawadhu’nya sangat terserlah dalam pergaulan. Sangat berakhlak kepada semua peringkat masyarakat. 

Di Turki, Eropah, Timur Tengah dan lain-lain tempat, ramai yang bertemu beliau terus jatuh hati padanya seperti saudara Ufuk, Ihsan, Mr Rejab, Syeikh Mustafa Mubarak, Syeikh Abu Mus’ab, Dr Hisham At Tamimi, Dr Hisham Thorax, Pak David, Dr.H.Mashudi AM, Mr Solahuddin Maghribi dll

Beliau sangat prihatin terhadap golongan miskin, susah dan orang-orang yang sakit. Di Indonesia, Tuan Mohd Rasidi mengambil pekerja dari golongan bawahan untuk dibela. Mencetuskan pengagihan Jumaat Box Berkat kepada golongan miskin dan memerlukan. Memberi perkhidmatan rawatan percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan. Bukan sahaja di klinik Ikhwan tetapi pergi ke rumah-rumah kediaman mereka memberi rawatan kesihatan dan kasih sayang.

Rupa-rupanya di sebalik sifat kebapaan yang ikhlas hingga semua orang merasakan kasih sayangnya, Tuan Rasidi diuji dengan berbagai penyakit.

Menurut Dr Abd Rahim Tahir, Pakar Jantung di Kedah Medical Centre (KMC) yang bertanggung jawab merawat Datuk Mohd Rasidi secara peribadi, di antara penyakit yang beliau hidapi ialah: 

  1. Darah tinggi.
  2. Kencing manis dan komplikasi.
  3. Stroke berpunca dari pendarahan dalam kepala.
  4. Penyakit jantung dan gerakan nadi –  stabil –  telah menjalani rawatan angioplasti.
  5. Penyakit buah pinggang.

Menurut beliau lagi, Tuan PE sangat berdisiplin memakan ubat, menjaga makanan dan istiqomah menjalani rawatan setiap 2 bulan. Tuan PE sentiasa cek darah setiap minggu semasa di Indonesia. Dr Abd Rahim juga mengatakan bahawa Tuan Rasidi telah dibuat ujian saringan covid-19 di Indonesia sebelum berlepas ke Malaysia dan keputusannya negatif. Bebas dari jangkitan Covid-19. Begitu juga ketika sampai di KLIA telah dilakukan ujian juga didapati negatif dan yang terakhir setelah 14 hari tempoh kuarantin rumah, dilakukan ujian saringan sekali lagi, didapati tetap negatif. Ini jelas membuktikan bahawa Almarhum bebas dari jangkitan Covid-19.

Walaupun berjuang banyak Indonesia, oleh sebab keadaan   kesihatannya yang sangat merosot, atas cadangan doktor peribadinya agar beliau pulang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan kerana sebelum wabak Covid-19, biasanya beliau mendapat rawatan 2 bulan sekali tetapi pendemik Covid-19 menyebabkan beliau tidak dapat menemui Doktor peribadinya hampir 5 bulan.

Semasa di Indonesia, Almarhum sentiasa istiqamah cek darah setiap minggu dan hasilnya dihantar ke doktor peribadinya di KMC, Malaysia.

Anjang berpeluang menyambut beliau pulang ke Malaysia pada 18hb Julai 2020 dari Indonesia yang mana beliau perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. Dijangka selepas 14 hari akan terus mendapat rawatan di KMC.

Ditakdirkan Allah, oleh kerana keadaan kesihatannya yang membimbangkan, beliau dikejarkan ke Hospital Sg Buloh pada 23hb dan di tahan di Wad Kecemasan. Seterusnya beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilakukan pembedahan untuk membuang darah beku di bahagian belakang otak. Kemudian beliau juga diberi ubat mencairkan darah, kerana ada darah beku di lehernya. Pada 1hb Ogos pula, Almarhum menjalani dialisis pertama kerana kegagalan buah pinggangnya dari berfungsi.

Kesihatan pemimpin dan bapa kita, Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Pengerusi Eksekutif GISB Holdings semakin merosot dan dengan kehendak Allah jua, beliau telah kembali ke menemui TuhanNya pada jam 3.50 petang, 8hb Ogos 2020 di Hospital Sg Buloh pada usia 67 tahun. 

..‎إنا لله وإنا إليه راجعون

Jenazah Almarhum dimandikan dan dikafankan oleh ahli keluarganya dan staf GISBH dibawah tunjuk ajar imam dan juru mandi Hospital Sg Buloh dan dibawa ke Surau PPI BCH untuk disembahyangkan. Seterusnya jenazah Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang.

Di atas seluruh kehidupan yang telah Almarhum korbankan untuk Islam, semoga roh Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa, dengan sebesar-besar keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasih Allah.

Al-Fatihah

P/s: AM membuka kepada sesiapa yang ingin menyampaikan ucapan takziah untuk menghantar terus ucapan Whatsapp di no:

016-3233587 beserta gambar-gambar kenangan tuan-tuan bersama Almarhum Tuan Mohd Rasidi. Moga kita dapat siarkan di blog AM sebagai doa kepada Almarhum. Terima kasih

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *