Restoran Nur Malaysia Mekah akan dibuka

Kongsikan kepada yang lain
Share

Persiapan Pembukaan Restoran Nur Malaysia Mekah

Salam ceria.

Pada anjang, satu perkara yang korang kena faham dan hadam ialah GISBH niaga bukan untung wang ringgit jadi matlamat sebaliknya keredaan Allah yang hendak dicapai.

Firman Allah:

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا هَلۡ اَدُلُّكُمۡ عَلٰى تِجَارَةٍ تُنۡجِيۡكُمۡ مِّنۡ عَذَابٍ اَلِيۡمٍ

تُؤۡمِنُوۡنَ بِاللّٰهِ وَرَسُوۡلِهٖ وَتُجَاهِدُوۡنَ فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ بِاَمۡوَالِكُمۡ وَاَنۡفُسِكُمۡ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; 

As-Saff: 10-11

Jelas di sini perniagaan yang Allah anjurkan dalam Al-Quran. Perniagaan yang kita nak, bisnes yang menyelamatkan kita dari siksa neraka. Bukan bisnes yang kat dunia lagi dah jadi neraka. Ciri-cirinya bisnes tu mesti ada kaitan atau hubungan dengan Allah, dengan Rasul dari sudut keimanan, keyakinan dan kepercayaan. Juga ada pengorbanan harta dan nyawa pada jalan Allah. Itulah perniagaan yang sebenar.

Di musim covid ni, orang tak tambah cawangan perniagaan. Kalau boleh maintain bisnes yang sedia ada pun cukup baik. Ada yang terpaksa mengecilkan saiz bisnes untuk mengurangkan kos kerana pasaran yang merudum. Kuasa membeli sangat kurang, orang ramai terkurung dengan PKP dan larangan rentas negeri dan daerah. Malah ramai yang terpaksa menutup bisnes mereka atau menjualnya. 

Tetapi ia berbeza dengan GISBH. Oleh kerana niat asalnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul, untuk mengejar keredaanNya, untuk berkorban harta dan nyawa, justeru di musim covid inilah perniagaan dan aktivitinya semakin berkembang. Di Mekah ini, InsyaAllah awal Muharram ini, sebuah restoran akan dirasmikan di sini.

Semalam Tuan Nasir ke Restoran Nur Malaysia sebanyak 3 kali, pagi bersarapan, jam 3 PM untuk makan tengahari manakala lepas Maghrib untuk makan malam. 

Di samping mencuba pelbagai jenis menu, Tuan Nasir dan Dato’ Lokman memberi panduan dan tunjuk ajar berterusan kepada para RPU untuk memastikan perjalanan restoran ini benar-benar membawa diri semua staf-stafnya juga sesiapa sahaja yang menjadi pelanggannya untuk takut Allah dan rindukan Nabinya. 

Moga semuanya berjaya dilakukan dan Allah iktiraf sebagai pejuang walaupun berjam-jam di premis perniagaan hati tak putus daripada Allah sedangkan fizikal berkhidmat sesama manusia. Itulah perniagaan.

Ampun maaf. 

Vila Mekah al Mukarramah 

12.26am Jul 30, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: