Takziah dari Ayah Rahim

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam Ydb Tuan Harun,
Ana ayah Rahim ingin nak ucap takziah atas pemergian Ydk Datuk Tuan Rasidi

Sila klik video pertemuan akhir Tuan Mohd Rasidi dengan Ayah Rahim Pfordten di Bandar Country Homes.

Pertemuan terakhir dengan Sheikh Rashidi kira2 dua bulan lepas. Beliau menziarah ana setiap kali beliau hadhir ke PPI Bandar Country Homes.

Perpisahan ini amat memilukan. Semoga beliau dianugerahkan pahala syahid diatas jasa beliau mendidik ramai orang untuk membesarkan Allah dan Rasul serta kehidupan akhirat.

AM: Ayah Rahim Pfordten ialah bapa kepada YBhg Dato’ Lokman Hakim Pfordten. CEO GISBH. Antara orang lama dalam perjuangan. Berasal dari Cameron Highlands dan berketurunan Jerman. Sekarang terlantar sakit di Bandar Country Homes, Rawang. Mengidap sakit jantung dan diuji juga dengan slip disk menyebabkan beliau tidak mampu bergerak seperti biasa. Moga Allah beri keampunan dan sembuhkan beliau dan kita semua. Aamiin…

Anjang ikut perjuangan, Ayah Rahim telah berada di pentas ceramah dengan tajuk: Iman dan Persoalannya. Begitu juga Tuan Rasidi di pentas ceramah, biasanya anjang dengar kuliah yang ada di dalamnya bacaan surah At Takwir: إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ. Biasanya Tuan akan baca berlagu seperti bacaan Syeikh Abdul Basit Abdul Samad. Suara Tuan Rasidi memang lunak bila membaca Al-Quran, melaungkan azan dan bernasyid.

Contoh bacaan Al Quran Tuan Mohd Rasidi

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: