MARKETING MANAGER TOURISM MALAYSIA DI RESTORAN NM MEKAH

Kongsikan kepada yang lain
Share
Dato’ Shamshul M.Hassan Al Yafie bersama Tuan Nasiruddin Mohd Ali

RESTORAN NUR MALAYSIA MEKAH

Jumaat 27hb Ogos 2021
Alhamdulillah setelah memulakan perniagaan di awal Muharram yang penuh keberkatan, Allah izinkan lesen diluluskan oleh Baladiyah setelah beberapa perubahan dibuat mengikut panduan yang diberi.

Pelanggan pula berpusu-pusu datang dengan sebaran dari mulut ke mulut di kalangan mereka juga melalui media sosial. Masyarakat Malaysia ada beberapa golongan di sini. Antaranya jururawat, pekerja sektor petroleum, staf dan pegawai kedutaan dan konsul, agensi kerajaan seperti Tabung Haji, Malaysia Tourism, MATRADE. Rakyat Malaysia yang telah lama bermastautin di sini, anak cucu mereka telah menjadi orang Saudi, tak boleh berbahasa Melayu tapi tak semua dapat kewarganegaraan. Golongan ahli perniagaan dari Malaysia yang membuka bisnes di sini.

Jualan hari ini sahaja telah mencapai SAR5000. Terima kasih Tuhan, terima kasih Rasulullah. Terima kasih para pimpinan GISBH yang tak jemu-jemu memberi panduan dan bimbingan agar terus membaiki kelemahan untuk memberi sebaik-baik perkhidmatan.

Tuan Nasir terus memberi teguran, sup tulang yang sepatutnya sentiasa ada dah kehabisan. Nampla yang tak boleh habis nampaknya dah tiada di atas meja. Takut-takut jika panduan yang telah diberi tak diikuti, Allah akan tarik nikmat dari kita.

Antara pengunjung yang datang di malam hari, Dato’ Shamshul M.Hassan Al Yafie dan isteri serta seorang kawan. Beliau adalah Marketing Manager Tourism Malaysia di Saudi, Yaman, Levant dan Afrika Utara. Beliau yang telah 21 tahun berkhidmat di timur tengah amat menyokong keberadaan GISBH di sini.

Ada juga tiga orang jururawat yang berkhidmat di Tabuk, datang ke Mekah mengerjakan Umrah singgah menjamu selera di NM Mekah. Seorang dari Kedah, seorang asal KL dan seorang lagi dari Pagoh Muo. Hahaha ada juga orang Muo kat sini rupanya.

Alhamdulillah… Moga Allah berkati seluruh usaha GISBH untuk berkhidmat kepada manusia khasnya masyarakat Melayu di bumi Haramain ini.

Restoran NM Mekah

8.31am, Ogos 28, 2021

Suasana dalam kafe dengan lampu biru suram

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *