AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Dakwah Praktikal GISBH di Chiang Mai

Kongsikan kepada yang lain
Share

Dakwah Praktikal GISBH Chiang Mai

Para Ikhwan telah lama bertapak di Chiang Mai Thailand. Pengasas GISBH, Almarhum Ustaz Ashaari yang menanam benihnya dengan menziarahi dan menyantuni penduduk Islam dan bukan Islam di sana. 

Usaha-usaha beliau diteruskan oleh para pimpinan dan staf GISBH Chiang Mai diketuai oleh Tuan Nasiruddin Mohd Ali sendiri sebagai Pengarah Zonnya juga pimpinan GISBH di kalangan orang Thai sendiri.

Hasil perhubungan melalui program silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah yang berterusan GISBH Chiang Mai mempunyai ramai simpati yang sentiasa menyokong aktiviti perniagaan dan kenalan yang terus bekerjasama walaupun berlainan bangsa dan agama.

Semalam banyak agensi kerajaan turun menjalankan. operasi pengagihan makanan di kawasan premis GISBH Chiang Mai. 

Malah betul-betul di hadapan permis GISBH dijadikan tempat pengagihan sumbangan untuk orang ramai yang terlibat dengan Lock Down.

Atas kepercayaan, pihak GISBH tekah dilantik oleh Majlis Bandaraya Chiang Mai untuk menjadi wakil mereka di kawasan itu bagi mengagih-agihkan sumbangan dan bantuan kepada penduduk Kampung Chang Klan. 

Begitulah hasil perhubungan yang berterusan dengan semua peringkat masyarakat akhirnya GISBH dilihat sebagai pihak yang dipercayai untuk diberi tanggung jawab dalam menyantuni seluruh lapisan masyarakat. Moga segala usaha-usaha para pimpinan GISBH akan memberi kekuatan kepada umat Islam bertambah kuat mengamalkan tuntutan agama dan menjadikan mereka yang bukan Islam terbuka hati menerima agama yang suci ini.

Vila GISBH Mekah

5.46pm, Ogos 25, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *