Perasmian Restoran Nur Malaysia Mekah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Rakyat Malaysia di luar negara selalu teringatkan tanah air mereka. Samada perantau yang mencari rezeki, penuntut ilmu, para diplomat, juga mereka yang telah berhijrah ke sesebuah negara dengan pelbagai sebab, semuanya mempunyai kenangan manis di tanah tumpah darahnya. Masih ada lagi sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai di negaranya. Zaman sekarang mudah dihubungi, video call je selesai masalah. Free je (maksudnya tiada cas tambahan bagai) Kalau dulu nak tulis poskad atau aerogram berminggu-minggu baru sampai.

Tapi gajet, macam mana canggih sekalipun hanya boleh menghantar gambar atau bervideo sahaja. Selesai masalah mata dan telinga sahaja. Tapi tak mampu menyelesaikan rindu kepada makanan minuman kegemaran. Tiada aroma yang membuka selera. Tak ada bau, lebih-lebih lagi rasa.

Biasa dengar keluhan pelancong dari Malaysia, boleh makan roti 2, 3 hari sahaja, akan teringat makanan Malaysia. Nak sarapan roti canai, mi goreng, nasi lemak dan teh tarik juga. Lebih-lebih lagi dah bertahun tak pekena makanan kita. Rindu serindu rindunya, tak boleh selesai video call dengan iphone 12 atau Samsung Flip 3.

Di Mekah ni dulu ada Restoran D’Saji, boleh la pekena roti canai dan teh, tapi sejak operasinya di tutup, dah tak ada tempat Bani Melayu berkumpul. Yang di Jeddah pun dah tutup. Kalau ada pun, restoran MyMakan tapi nun jauh di Riyadh. Dekat 1000 km.

Maka memang sangat patutlah dibuka paling tak sebuah restoran masakan Malaysia di Mekah. Nanti kita akan lihat Bani Melayu berkumpul. Berkumpul-kumpullah dulu, nanti Allah satukan hati-hati kita InsyaAllah.

Setelah berusaha mencari premis yang sesuai untuk dibangunkan sebuah restoran di merata tempat sekitar Mekah, akhirnya premis di Haiyu Az-Zaher dekat dengan Dhiyafah Mall yang sesuai kerana mudah berurusan. Maklumlah, yang penting mudah berurusan kerana pimpinan GISBH masih banyak urusan lain yang perlu diselesaikan.

So, pendekkan cerita, pada 7hb September 2021 bersamaan 30 Muharram 1443 H, GISBH dengan rasminya membuka sebuah lagi restoran daripada lebih 100 buah rangkaian restoran mereka seluruh dunia.

Sapa-sapa yang rindukan nasi lemak ayam goreng, roti canai, roti telur, mi goreng, mi hun goreng, nasi goreng kampung, ayam masak lemak, daging masak merah, nasi kerabu, siakap 3 rasa, kerapu masak stim, sup, juga teh tarik, Milo tabur, Horlicks dll singgahlah ke Restoran Nur Malaysia Mekah.

Ok, selamat menikmati hidangan masakan Malaysia. Boleh la Bani Melayu dari Malaysia, Indonesia, Fatani, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina dll lepak-lepak berukhuwah dan berkasih sayang.

otw Jeddah

8.24pm, Sep 10, 2021

Sila klik untuk tonton video perasmian Restoran Nur Malaysia Mekah. Jangan lupa subscribe, komen, like
  • https://www anjangmuor com/2021/09/10/perasmian-restoran-nur-malaysia-mekah/ (20)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

2 comments

  1. Alhamdulillah… semoga terus maju dan cemerlang dunia dan akhirat. Aamin…
    Saya suka upacara perasmian yang sederhana tapi meriah dan dilaksanakan sesama sendiri sahaja…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *