AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

PIMPINAN GISBH BERTEMU KONSUL JENERAL MALAYSIA DI JEDDAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

PIMPINAN GISBH BERTEMU KONSUL JENERAL MALAYSIA DI JEDDAH

Jeddah 12hb September 2021

Para Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutifnya, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan CEO YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah membuat kunjungan hormat ke Konsulat Jeneral Malaysia bertemu dengan TYT ‘Alauddin Mohd Nor, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Timbalannya En Muhammad Hafiz Bahar dan Konsul Ekonomi, En Najmi Wahidi Abu Bakar.

Setelah bertanya khabar dan berkenalan TYT Konsul Jeneral mengucapkan tahniah kepada rombongan pimpinan GISBH atas pembukaan restoran Nur Malaysia Mekah dan memohon maaf dan keuzuran kerana tidak dapat hadir di hari perasmian.

Mewakili GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim memperkenalkan semua ahli rombongan dan menyatakan tujuan kehadiran pimpinan GISBH ke Saudi iaitu untuk membuat kerjasama perniagaan dengan pengusaha-pengusaha di sini juga membawa produk yang sesuai ke Malaysia seperti biskut, air mineral dan jus buah-buahan.

TYT Konsul Jeneral menerangkan fungsi konsulat ialah untuk membantu menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia di Saudi samada berkaitan perniagaan, keselamatan, imigresen dan lain-lain. Apa jua masalah boleh berhubung dengan wakil konsulat melalui media sosial seperti FB dan Twitter juga telefon. Pihak konsulat bersedia membantu dalam apa jua masalah.

Beliau juga menyampaikan salam daripada TYT Duta Besar Malaysia ke Saudi, Dato’ Abd Razak Abdul Wahab dan pesanan agar GISBH menjaga nama baik Malaysia setelah berdiri sebuah restoran di bawah rangkaian GISBH atas nama Nur Malaysia di Saudi. TYT Konsul juga berseloroh; “Bila GISBH nak buka kafe di Jeddah, tak le jauh sangat nak makan sampai ke Mekah khasnya orang-orang bujang ni…”

Dato’ Lokman Hakim sempat menceritakan perkembangan perniagaan GISBH seperti perjanjian perniagaan di Saudi, pengeluaran produk minuman Rozel dan air mineral di Saudi, pembelian hotel di Kota Bahru, ternakan lembu, ternakan ayam dan pembuatan makanan ayam.

Tuan Nasiruddin pula menceritakan aktiviti nelayan GISBH di kalangan remaja yang menangkap ikan di laut dalam sambil berdakwah kepada para nelayan dan keluarga mereka.

Pertemuan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari pihak GISBH berupa produk-produk Ikhwan Brand seperti Sardin, Rozel Sachet, frozen food dan air mineral.

Moga jalinan ukhuwah dan persaudaraan akan dapat diteruskan diantara GISBH dan pihak konsulat untuk kebaikan umat Islam khasnya di kalangan rakyat Malaysia.

Vila GISBH Mekah
6.05pm, Sep 12, 2021

Sila klik untuk tonton video

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *