‘Kopi Ayah’ Ikhwan Brand

Kongsikan kepada yang lain
Share

‘Kopi Ayah’ Ikhwan Brand

Salam ceria.

Menjadi cita-cita GISBH untuk mengeluarkan sebanyak-banyak produk makanan dan minuman ke tengah masyarakat Islam untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah walaupun masih terlalu jauh pencapaiannya.

Kalau boleh seluruh keperluan manusia dari sudut makanan dan minuman seperti beras, gula, minyak, garam, tepung, mi, mi hun, kicap, sos cili, sos tomato, pucuk tauhu, tauhu, tempe, kopi, teh, minuman coklat, susu, air mineral, air minuman dll GISBH ingin bekalkan kepada masyarakat Islam.

Dalam membekalkannya pula, kalau boleh GISBH ingin mengeluarkan sendiri produk itu dari awal hingga ke tangan pengguna. Ini adalah kerana ingin memastikan ia dijamin halal dan suci juga diusahakan dari tangan-tangan mereka yang menjaga syariat Allah Taala.

Jika ianya tidak mampu diusahakan begitu, GISBH akan ambil produk dari pengusaha Muslim setelah memastikan proses pengeluarannya benar-benar mengikut tatacara syariat juga menilai pengamalan Islam pengusaha itu sendiri. 

Antara produk yang baru dikeluarkan oleh GISBH ialah serbuk kopi yang telah di keluarkan dari ladang GISBH sendiri di Indonesia.

Produk kopi GISBH ini dinamakan ‘Kopi Ayah’, sempena memperingati Mantan Pengerusi Eksekutif GISBH, Almarhum Datuk Muhammad Rasidi Abdullah orang yang memulakan projek ini tahun lalu. ‘Kopi Ayah’ dibuat dari campuran 2 jenis biji kopi iaitu Robusta dan Arabica.

Ladang Kopi GISBH terletak di Desa Cikoneng, Kecamatan Cisarua, Kabupaten Bogor, 

Indonesia. Ia telah diusahakan selama lebih setahun. Keluasannya sebanyak 20 hektar iaitu sekitar 48 ekar. 

Ada dua jenis kopi ditanam di sini iaitu Robusta dan Arabica. Jumlah pokok kopi di ladang ini ialah sebanyak 32,500 batang pokok. Sebahagiannya telah telah menghasilkan buah, sebahagian lagi belum. 

Ladang ini berada di ketinggian 1,300 meter dari aras laut, di puncak Cisarua. Jaraknya dari Pusat Perniagaan Ikhwan Sentul sekitar 24 km.

Dari 32,500 pokok kopi ini, yang telah menghasilkan buah sekitar 7,000 pokok campuran Robusta dan Arabica. Di tahun pertama, GISBH telah mendapat hasil buah kopi seberat 1 ton, dalam keadaan team GISBH masih belajar mengusahakan tanaman ini. 

Pokok-pokok yang mendapat cahaya matahari yang cukup, tidak terlindung dari pokok-pokok yang besar, agak banyak hasilnya dibanding dengan pokok-pokok yang terlindung dengan pokok-pokok besar. 

Tahun kedua ni baru dapat hasil 600kg dalam bentuk cherry iaitu buah kopi yang masih basah.

Itu sahaja maklumat yang anjang dapat kongsikan. Moga cita-cita pimpinan GISBH Allah berkati dan diberi sebesar-besar bantuan daripadaNya. Aamin.

Restoran NM Mekah

2.38pm, Sep 16, 2021

sila klik untuk tonton video

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *