Tuan Nasiruddin melawat tanah milik GISB di Bosnia Herzegovina

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tuan Nasiruddin melawat tanah milik GISB di Bosnia Herzegovina

Praca, Bosnia. Alhamdulillah pada 27 Okt 2021, Pengerusi Eksekutif GISB Holdings YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali diiringi oleh YBhg Tuan Mohd Fadhil Yasin selaku ALP GISBH, YBhg Tuan Shuhaimee Mohamed dan YBhg Tuan Syurahbil Amran telah mengadakan lawatan ke sebidang tanah yang telah dibeli oleh GISB Holdings di sini.

Sila klik untuk menonton. Jangan lupa subscribe, komen, like dan share.

YBhg TPE telah meraikan dan membawa sekali pemilik asal tanah ini, Mr. Briga dalam lawatan ini. Beliau amat menghormati dan mengasihi YBhg TPE. Beliau juga telah mencadangkan beberapa perkara berkaitan tanah itu dan telah dibincangkan bersama serta mendapat persetujuan dari YBhg TPE sendiri.

Tanah yang terletak di daerah Praca kira-kira 70km dari vila GISBH Sarajevo ini berkeluasan lebih kurang 11 ekar dengan nilai hampir setengah juta Ringgit. Ia amat bersesuaian bagi aktiviti penternakan dan pendidikan khususnya para remaja.

Walaupun ia terletak agak jauh dari bandaraya Sarajevo, ibu negara Bosnia and Herzegovina, namun ia akan menjadi lebih mudah dicapai apabila siapnya lebuhraya kelak. Lebuh raya ini adalah suatu inisiatif kerajaan Turki dalam menghubungkan Belgrade, ibu negara Serbia dengan Sarajevo dan akan melalui daerah Praca ini.

Hasil lawatan ini, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah mencadangkan beberapa perkara yang boleh dilaksanakan di atas tanah tersebut. Antara lain ialah untuk membina pagar di keliling kawasan tanah itu sebelum memulakan projek pertanian dan penternakan seperti ayam kampung dan kambing. Adalah dipercayai, biri-biri dari Bosnia antara biri-biri yang mempunyai daging paling sedap di dunia kerana faktor makanan dari sumber yang sangat subur tanpa pencemaran.

Beliau juga memberi cadangan dan panduan untuk membina hubungan yang baik dengan penduduk kampung di situ melalui akhlak yang mulia. Masyarakat Bosnia sangat menghormati orang Malaysia dan suka mendalami Islam melalui rakyat Malaysia. 

YBhg TPE juga telah mengambil kesempatan bersama dengan pemilik tanah untuk sama-sama diajak ke arah hidup secara Islam yang amat indah dan membahagiakan. Mr. Briga menyatakan beliau berpuas hati dengan lawatan YBhg TPE yang telah banyak memahamkan lagi cita-cita Islam yang sedang dilagang oleh GISBH. Beliau bersedia untuk terus membantu segala urusan berkaitan pelaburan GISBH itu melalui khidmat nasihat dan perhubungan dengan pihak-pihak yang berkenaan sesuai dengan pengalamannya yang pernah menjawat jawatan yang dipertua bagi majlis perbandaran Praca.

Setakat ini GISBH telah mempunyai hartanah di Indonesia, Thailand, Jordan, Saudi, Turki dan Australia selain di Malaysia. Sebahagian darinya telah selesai pembayaran sebahagian lagi masih dalam pembayaran bulanan. Di Malaysia, pembelian tanah yang terkini yang baru selesai pembayarannya ialah sebidang tanah di Pulau Tioman. Atas keyakinan masyarakat Islam di Malaysia, ramai yang ingin menyerahkan tanah mereka sebagai ‘Hibbah’ kepada GISBH agar dimanfaatkan demi menyemarakkan syiar Islam seperti yang dilakukan oleh Pak Latip, seorang penulis tersohor.

Moga dengan semakin ramai masyarakat faham tentang tanggung jawab masing-masing terhadap agama, semua orang akan sanggup berkorban apa yang mereka ada demi agama kita, samada masa, tenaga, pengalaman, harta, wang ringgit agar Islam dapat dijelmakan sebagai satu cara hidup yang indah dalam masyarakat.

Vila GISBH Mekah

5.40pm, Nov 1, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *