Layan 3 orang Polis Saudi di Dataran Masjidil Haram

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sila klik untuk tonton video. Jangan lupa subscribe, like, komen dan share.

Salam ceria.

Selesai menunaikan umrah baru-baru ini kami menjamu selera di kafe Pakistan di bangunan Safwah, kemudian kami bersiap untuk pulang ke Vila GISBH Mekah.

Sebelum itu, Usai mengerjakan saie, kami mendapat berita ada yang mengerjakan Saie tersilap kira. Dari Sofa ke Marwa yang sepatutnya dikira 1 kali, dia tersilap, Sofa-Marwa-Sofa di kira 1 kali. Jadi total dia bersaie sebanyak 14 kali. Sangat menghayati sejarah Siti Hajar dan Nabi Ismail. Oleh kerana kali pertama dia kerjakan umrah, tersilap sebab tak bersama mutawwif. Sebab apa tak bersama? Sebab naik motor. Patut kali pertama Saie tu, tak yah la naik motor. Tapi dah terpaksa. Tak pe la. Belajar dari kesalahan.

Tak semestinya bersama Mutawwif tak salah. Mutawwif kami kata ketika Tahallul depan pintu keluar di Marwa, orang yang belum Tahallul tak boleh gunting atau cukurkan rambut orang lain. Anjang rasa salah pendapat dia tu tapi teragak-agak nak tegur. Akhirnya Tahallul 2 kali, sebab diberitahu yang kali pertama tak sah. Padahal sah. Hahaha. Ada mutawwif pun boleh silap …

Ketika menunggu team Muslimah, Polis-polis Saudi datang meminta kami bersurai, tunggu tempat lain. Anjang puji polis tu, kamu memang terbaik la, tak ada kolestrol. Kami ni semua gemuk berkolesterol. Polis tu memang sangat kurus. Dia seronok bila anjang usik-usik. Budak muda lagi Polis tu.

Begitu juga bila kami berkumpul di Dataran Haramain menunggu kawan yang ke Toilet, Polis datang meminta kami jangan berkumpul. Anjang ambil peluang berbual. Mudah je nak bermesra dengan mereka sebab nama mereka ada baju masing-masing. Bila panggil nama mereka, terus lunak dan malu alah. Terus boleh bersembang mesra. Tak halau kami dah. Sibuk berbual macam-macam. Sebenarnya mereka stres juga dengan tugasan yang banyak dan berhadapan dengan orang ramai dari berbagai negara yang ada 1001 ragam dan perangai. Bila diajak berbual mesra, fitrah mereka subur.

Ok jumpa lagi. Selamat menonton.

Vila GISBH Mekah

4.53PM, Nov 3, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *