Meninjau Bombardier Global 7500 Private Jet di Dubai AirShow 2021

Kongsikan kepada yang lain
Share

Meninjau Bombardier Global 7500 Private Jet di Dubai AirShow 2021

  1. Tuan Nasir pernah berusaha membeli sebuah kapal mewah untuk kegunaan perjuangan Islam pada tahun 90’an tetapi tak kesampaian sedangkan beliau telah diusahakan untuk melihat sendiri pembinaan kapal tersebut di Belanda.
  2. Apa yang pernah tercapai di waktu itu ialah sebuah bas dua tingkat yang cantik dan sangat eksklusif telah berjaya dimiliki.
  3. Semalam Tuan Nasir membawa kami melawat Dubai Skyshow 2021 untuk melihat sendiri Private Jet yang sesuai dengan keperluan perjuangan Islam masakini.
  4. Bukan mudah untuk memasuki Dubai Skyshow ini kerana ia mempunyai berbagai syarat selain dari harga tiketnya sebanyak USD85 seorang.
  5. Setelah melawat pameran booth syarikat-syarikat yang berkaitan dengan penerbangan dengan produk masing-masing di bawah bumbung di Dubai Skyshow 2021 kami keluar ke lapangan luar.
  6. Tuan Nasir berminat untuk melihat Jet Peribadi untuk kegunaan GISBH. Ia memudahkan GISBH membawa mereka yang ada hati dengan Islam, berXPDC di udara bersama dengan tokoh-tokoh korporat dan para pemimpin khususnya ke cawangan-cawangan GISBH di 17 buah negara serta mengadakan perbincangan bersama di dalam penerbangan untuk memartabatkan Islam dalam seluruh kehidupan.
  7. Kami menuju ke salah sebuah Jet Bombardier tetapi pilot yang berada di dalam pesawat itu mengatakan lawatan hanya boleh dibuat atas jemputan dan boleh berurusan di pejabat mereka berhadapan dengan pesawat itu.
  8. Kami pergi ke pejabat mereka dan staf yang bertugas meminta bisnes kad kami. Anjang memaklumkan kepada Tuan Nasir dan meminta bisnes kad, lalu memberi staf syarikat Bombardier bisnes kad GISBH atas nama Tuan Nasiruddin Mohd Ali lalu sertamerta kami terus dibawa menaiki Bombardier Global 7500 Private Jet. Wakil syarikat jet itu begitu yakin dengan GISBH sebab ramai orang lain minta masuk ke dalam tetapi tidak diizinkan.
  9. Bombardier Global 7500 Private Jet ini mempunyai 19 tempat duduk penumpang dengan 4 orang anak kapal dan mempunyai 4 ruang kabin. Ruang VIP, ruang perbincangan, ruang rehat, ruang tidur lengkap dengan katil.
  10. Kami diberi peluang meninjau semua sudut pesawat dan berbincang semua perkara. Ia sebuah pesawat yang sangat hebat. Islam itu hebat, ia patut dipandang hebat. Tak salah sebuah syarikat berasaskan Islam memiliki pesawat seperti ini kerana Islam di akhir zaman InsyaAllah akan berada di kemuncak dari sudut roh dan teknologi.
  11. Jet peribadi ini menempuh jarak total 7,700 batu Nautika atau 14,260 kilometer dengan kecepatan maksimum 981 kilometer per jam. Fuuuhhhh. Oleh itu ia boleh terbang dari London ke mana saja di Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia, Afrika, atau utara Australia tanpa perlu singgah isi minyak. Pada bulan Oktober 2019, Global 7500 memecahkan rekod pesawat seumpamanya melakukan penerbangan 17 jam dari Sydney ke Detroit, Michigan.
  12. Mr Omar tanya, “Sekarang naik Private Jet apa?” Kami kata, naik penerbangan awam, ni baru nak beli. Mr Omar kata, cadangnya bila nak guna? Tuan Nasir kata; dalam bulan 2 atau 3 tahun depan (2022). Mr Omar respon, untuk tahun depan dah ‘fully booked’. Kalau tempah sekarang hanya boleh dapat pesawat tahun 2023 nanti. Begitu popular jet peribadi ini dengan harga USD75 juta atau RM313 juta. (Cantik no ni Anjang suka)
  13. Selain daripada Tuan Nasir, Tuan Ahmad Anuar, Tuan Fadhil Yasin, Ibu Azura dan Ibu Dr Gina juga berpeluang bersama menaiki pesawat ini dan bersoal jawab dengan Mr Omar.
  14. Moga segala hasrat dan hajat YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali ditunaikan oleh Allah agar syiar Islam terserlah ke seluruh dunia untuk membawa seramai-ramai manusia agar mencintai dan takutkan Allah serta merindui Nabi Muhammad SAW.

Vila GISBH Sarjah
5.40pm, Nov 19, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: